‘Mafia wanita’ bawa parang terlibat bunuh lelaki di Bukit Mertajam

May 15, 2022 · Isu semasa

Seorang lelaki maut selepas ditetak dan ditikam oleh sekumpulan individu dalam satu pergaduhan berhampiran sebuah medan selera di Kampung Baru, di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata mangsa berusia lingkungan 30-an itu disyaki diserang empat lelaki dan seorang wanita dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu.

Katanya mangsa yang mengalami kecederaan parah dalam kejadian itu dihantar ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk rawatan lanjut sebelum dilaporkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan termasuk leher, lapor Bernama.

“Berdasarkan siasatan, kejadian itu berlaku di kawasan terbuka berhampiran sebuah medan selera di Kampung Baru dan ia membabitkan mangsa dengan seorang wanita dan empat lelaki warga tempatan yang mana mereka dipercayai yang saling mengenali.

“Lelaki itu dikatakan terlibat dalam pergaduhan selepas diserang kumpulan tersebut dan mangsa mengalami kecederaan yang serius dihantar ke HBM oleh orang awam sebelum disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan,” katanya dalam sayu kenyataan, di sini, hari ini.

Shafee berkata kumpulan suspek itu dipercayai melarikan diri dengan menaiki sebuah kenderaan dan usaha mengesan mereka yang terlibat sedang giat dijalankan.

Polis tidak menolak kemungkinan pergaduhan itu berpunca daripada dendam di antara mereka namun siasatan lanjut masih dijalankan, katanya.

“Punca pergaduhan juga masih dalam siasatan dan kes itu disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh,” katanya.

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang menyaksikan kejadian itu agar tampil membantu menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Ahmad Shahir Adnan di talian 019-9517045 atau 04-5382222 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Terdahulu tular beberapa video berdurasi 17 saat, 10 saat dan lima saat di media sosial terutama Facebook memaparkan kejadian pergaduhan yang dirakam orang awam yang melalui kawasan berkenaan.

Menerusi video itu, kelihatan seorang wanita didapati memegang senjata tajam dipercayai parang dengan mangsa yang parah terbaring di jalan.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Atasi segera isu pemerdagangan manusia
August 27, 2022
Tak boleh ulas isu bekas KSN terima elaun RM30,000 sebulan daripada 1MDB
June 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok