Ringgit dibuka pada paras RM4.76 berbanding dolar

November 1, 2023 · Isu semasa

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini menjelang keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat lewat malam ini.

Pada 9.05 pagi, ringgit menyusut nilai kepada 4.7675/7720 berbanding dolar AS daripada penutup Selasa 4.7615/7655, lapor Bernama.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kebanyakan peniaga kini menantikan keputusan FOMC dengan mereka menjangkakan kadar faedah akan dikekalkan.

“Jangkaan tiada kenaikan kadar boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuk keadaan ekonomi, trend inflasi, angka pekerjaan dan panduan ke hadapan bank pusat AS. Jika bank pusat percaya ekonomi tidak terlalu panas dan inflasi terkawal, ia mungkin memilih untuk mengekalkan kadar faedah bagi menyokong pertumbuhan ekonomi.

“Selain itu, pasaran kewangan turut memantau rapat mesyuarat dan pengumuman bank pusat AS yang memberi isyarat atau hala tuju kadar faedah, kerana keputusan ini boleh mempunyai implikasi yang ketara untuk pelbagai aset kewangan termasuk bon, saham dan mata wang,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, beliau menjangkakan ringgit akan kekal stabil pada kira-kira RM4.76 berbanding dolar AS selepas menghampiri RM4.80 pada pertengahan Oktober.

Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Nilai ringgit mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.1496/1530 daripada 3.1588/1616, meningkat berbanding euro pada 5.0397/0445 daripada 5.0729/0772 dan lebih tinggi berbanding pound Britain kepada 5.7858/7913 daripada 5.8014/8063.

Mata tempatan bagaimanapun bergerak bercampur-campur berbanding mata wang Asean yang lain.

Nilai ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4794/4830 daripada 3.4867/4902 dan tinggi berbanding baht Thai pada 13.1626/1805 daripada 13.2371/2544.

Bagaimanapun, ringgit susut berbanding peso Filipina pada 8.40/8.41 daripada 8.39/8.40 dan rendah berbanding rupiah Indonesia pada 300.1/300.5 daripada 299.7/300.1 semalam.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Popular
PM, NEC sokong usaha Perkeso bantu 200,000 Orang Bekerja Sendiri
May 9, 2021
Hukuman berat untuk si pendera!
September 9, 2022
Imej negara tercalar akibat rasuah dan penyelewengan, kata PM duduk disebelah Zahid
February 24, 2023
Hampir sejuta tonton biawak ‘berpelukan’ di Pusat Penilaian Covid-19
July 28, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok