‘Datuk’ palsu dikesan polis dalam kes tipu RM1 juta

October 31, 2023 · Isu semasa

Polis mengesan seorang lelaki dipercayai menggunakan gelaran Datuk palsu bagi membantu siasatan dalam kes penipuan yang membabitkan kerugian kira-kira RM1 juta.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar Supt Syed Basri Syed Ali berkata individu terbabit dikenali sebagai Mohamd Jaylani Sheikh Mohamad berumur 44 tahun dan alamat terakhirnya di Taman Citra di sini, lapor Bernama.

“Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar sedang menjalankan siasatan beberapa laporan polis yang diterima berkenaan kes penipuan tawaran perniagaan rakan kongsi yang tidak wujud melibatkan suspek.

“Jumlah kerugian berkaitan kes ini membabitkan RM1 juta dan hasil siasatan mendapati individu itu menggunakan gelaran Datuk palsu. Usaha mengesan suspek sedang dilakukan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Syed Basri berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dan dengan sebat dan denda.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkan kepada pihak polis melalui hotline IPD Kota Setar 04-7326999 atau menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohamad Zakuan menerusi talian 012-9428575 atau Inspektor Saiful Supia 017-9743153.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Dilema ibu bapa kini, berhenti kerja atau hantar pengasuh?
October 3, 2021
Bekas isteri ahli perniagaan jual makanan tanggung tiga anak
February 2, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024 · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024 · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok