Pemuda MCA gesa kerajaan tangani kos sara hidup, syor perkenal GST

October 21, 2023 · Politik

Sebanyak sembilan resolusi yang merangkumi hal ehwal parti dan sayap Pemuda MCA, ekonomi, hal ehwal kerajaan dan pendidikan diluluskan pada Perhimpunan Agung Pemuda MCA ke-59 yang berlangsung hari ini.

Pendirian itu dinyatakan semasa Perhimpunan Agung Pemuda MCA yang berlangsung hari ini dengan diluluskan 390 perwakilan selepas dibahaskan oleh 11 perwakilan dari sembilan negeri.

Mengenai ekonomi, Pemuda MCA mahu kerajaan terus menangani cabaran ekonomi selain berterusan mengambil langkah untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat dan turut mengesyorkan kerajaan untuk melaksanakan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dengan kadar empat peratus.

Mengenai pendidikan pula, sayap itu mahu Kementerian Pendidikan memperkasakan sukatan mata pelajaran di sekolah menengah dengan memperkenalkan subjek pilihan raya bagi membolehkan golongan muda lebih berpengetahuan selaras dengan pelaksanaan Undi18.

Sementara itu sebanyak tujuh resolusi yang dikemukakan pada Perhimpunan Agung Wanita MCA ke-48 hari ini diluluskan sebulat suara.

Resolusi merangkumi hal ehwal parti, ekonomi, agama, pertanian dan keterjaminan makanan serta undang-undang dan pembaharuan institusi itu diluluskan 940 perwakilan selepas dibahaskan 12 perwakilan dari 10 negeri.

Satu daripada resolusi yang diluluskan itu meminta kerajaan untuk menyediakan insentif bagi mengurangkan beban kepada majikan yang pekerjanya mengambil cuti bersalin selama 98 hari.

Mengenai hal ehwal parti, Wanita MCA menggesa parti agar lebih aktif dalam soal pengambilan ahli di kalangan belia selain mahu kadar penyertaan kaum wanita dalam politik termasuk kumpulan profesional ditingkatkan.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
MOF tak benarkan pengeluaran KWSP bersasar kerana jejas simpanan persaraan
November 24, 2023· Isu semasa
Kenaikan cukai SST akan bawa malapetaka kepada rakyat, kata Pemuda Ikatan
October 31, 2023· Isu semasa
Lelaki intai wanita di tandas pasar raya ditahan polis
October 23, 2023· Isu semasa
Popular
Bawa kad pengenalan, SPR ingatkan pengundi di PRK KKB
May 10, 2024
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
Wan Saiful cabar DAP saman UMNO-BN dalam isu Komunis
November 17, 2023
UMNO tak tuntut RM114 juta, Zahidi desak penjelasan MT UMNO
June 2, 2021
Lagi Politik terkini
Bawa kad pengenalan, SPR ingatkan pengundi di PRK KKB
May 10, 2024 · Politik
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok