Sertai kerajaan? Hadi kata macam mana nak ikut ada bekas banduan dan kluster mahkamah

October 20, 2023 · Politik

Tan Sri Abdul Hadi Awang menyatakan pendirian tegas PAS tidak akan menyertai kerajaan campuran yang sedang berdepan pelbagai masalah dan gagal menguruskan negara walaupun ada tawaran dibuat kepada parti itu.

Presiden PAS itu berkata mereka tidak mahu membersihkan kerajaan yang sedia tercemar terpalit dengan pelbagai masalah sehinggakan perasuah dibebaskan dan bekas banduan pula memimpin negara ketika ini.

“PAS tidak mampu membersihkan kerajaan yang sudah sedia ‘tercemar’. Kamu boleh lihat kerajaan Pakatan Harapan (PH) siapa ada di dalamnya.. jadi hendak cuci macam mana?

“Ada bekas banduan, kluster mahkamah pun ada, macam mana kami (PAS) nak ikut. Kalau nak bersihkan najis, tak boleh masuk dalam tong najis.. kita duduk di luar,” katanya semasa sidang media selepas majlis perasmian Muktamar Tahunan PAS kali ke-69 malam tadi.

Turut sama semasa sidang media tersebut Timbalan Presiden PAS, Datuk Sri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Menurutnya Hadi, jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk PAS menyertai kerajaan campuran hanya dibuat kepada media asing bukan kepada parti itu sendiri.

“Jemputan (PAS sertai kerajaan) dibuat melalui media antarabangsa, tidak kepada PAS,” katanya lagi.

Anwar semasa wawancara Time Magazine yang disiarkan secara dalam talian baru-baru ini dipetik berkata tidak akan menghalang kerjasama dengan PAS jika ia wujud pada masa akan datang.

“Mengenai sama ada kita bersedia untuk membabitkan diri dengan mereka (PAS), sudah tentu kita lakukan bahkan kita mesti.

“Dan saya telah menghantar (jemputan kepada mereka). Ya saya terbuka dengan idea itu sejak awal lagi.

“Lagipun, ini Kerajaan Perpaduan dan kita lakukan yang terbaik demi untuk negara kita,” katanya dipetik laporan itu.

Mengenai syarat ditetapkan untuk PAS menyertai Kerajaan Persekutuan, Anwar berkata syarat yang menjadi dasar utama ialah parti itu perlu menerima Malaysia sebuah negara berbilang agama dan setiap rakyatnya mempunyai tempat, meskipun Islam ialah agama Persekutuan.

Ditanya apa reaksi PAS terhadap syarat terbabit, Ahli Parlimen Tambun itu berkata, tiada penolakan jelas atau maklum balas positif.

Bagaimanapun, Perdana Menteri memberi gambaran pintu untuk PAS menyertai kerajaannya belum ditutup rapat.

“Saya tidak mahu menghalang (PAS untuk menyertai Kerajaan Perpaduan). Sudah tentu ia bergantung kepada syarat dasar utama ini mesti diterima,” katanya.

Berita berkaitan
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
4 jam lalu· Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Popular
Hadi beri alasan sebab PAS tolak PH
October 15, 2022
Zahid kata ikut budi bicara Agong, tapi Ismail Sabri kata dirinya calon PM
November 16, 2022
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024
Jangan lupa DAP, PKR lebih banyak derhaka kepada Agong, Raja-Raja Melayu
August 4, 2021
Lagi Politik terkini
Bawa kad pengenalan, SPR ingatkan pengundi di PRK KKB
4 jam lalu · Politik
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok