Hadi beri alasan sebab PAS tolak PH

October 15, 2022 · Politik

PAS menentang sebarang bentuk kerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH) kerana fahaman politik dan moral liberal yang dicita-citakan parti komponen dalam gabungan politik pembangkang itu.

Presidennya Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata terdapat pihak dalam PH yang menolak Islam serta peranan institusi Raja-Raja Melayu.

Hadi turut berkata terdapat juga pihak yang menyokong Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di dalam pakatan itu.

“Mengapa PAS tolak PH… mengapa PAS tolak Barisan Nasional (BN)… Mengapa PAS bekerjasama dalam Perikatan Nasional (PN).

“Mengapa, dalamnya (PH) ada DAP… ada parti orang Melayu… puak tolak Islam… puak LGBT… puak khianat (pengkhianat)… puak pemberi rasuah dan penerima rasuah… yang tolak Raja pun ada.

“(LGBT) membenarkan lelaki bernikah dengan lelaki… boleh menikah sesama orang perempuan… yang sama jantina, terlibat dalam tindakan ‘lawan pedang’… ini tidak boleh dibenarkan, ini bukan (identiti) masyarakat kita.

“Justeru, PAS menolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk kerjasama dengan PH,” kata Hadi ketika menyampaikan “Kuliah Dhuha” dari Pantai Kelulut, Marang di Terengganu semalam (Jumaat).

Sesi itu disiarkan secara langsung di akaun Facebooknya.

Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu juga tidak berbelah-bahagi apabila membidas PH kerana ‘berat nanang’, slanga Terengganu kerana sukar untuk bekerjasama atau menakutkan.

Beliau juga mendakwa terdapat pihak dalam PH yang bukan sahaja meminta rasuah tetapi turut menawarkan rasuah.

“Mereka bersuara tentang antirasuah tetapi mereka menerima sumbangan daripada orang yang menawarkan rasuah. Mereka memperjuangkan menghapuskan rasuah, menuduh UMNO rasuah tetapi mereka tidak melawan bentuk lain ‘kemungkaran’ (kekejaman).

“Sebab itu PAS tidak boleh bersama dengan PH, kerana ada pihak yang menyokong LGBT dan pihak yang menolak golongan Diraja,” katanya.

Dalam kuliah sama, bekas Ahli Parlimen Marang itu berkata PAS memilih untuk memutuskan kerjasama dengan BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ekoran pemimpinnya terlibat dengan perbuatan rasuah.

Beliau berkata meskipun laluan kerjasama dengan PN lebih sukar namun pihaknya memilih untuk menjernihkan kekeruhan yang berlaku antara mereka.

“Kerana ada keruh ini kita tangguh dahulu jadi kita ambil pendekatan jernihkan keadaan dulu dengan gabungan PN. Tolak yang beri dan terima rasuah (BN),” katanya.

Hari ini, Presiden Bersatu – parti gabungan bersama PAS, Gerakan, SAPP dan STAR dalam PN – mengumumkan parti itu telah membuat ketetapan muktamad tidak akan mengadakan kerjasama dengan PH menghadapi PRU-15 akan datang.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Setpol Ismail Sabri dikaitkan dalam rakaman audio jatuhkan Najib buat laporan polis
November 25, 2022· Politik
Terima kasih atas tawaran tapi PN ada maruah sedia jadi pembangkang: Muhyiddin
November 25, 2022· Politik
Apa berlaku dalam mesyuarat MT, dua ahli beri gambaran UMNO khianat Melayu
November 25, 2022· Politik
Perikatan Nasional kekal jadi semak dan imbang kepada kerajaan: Muhyiddin
November 25, 2022· Politik
Popular
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
November 26, 2022
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
November 26, 2022
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
November 26, 2022
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
November 26, 2022
Lagi Politik terkini
Strategi dahulukan bajet mini 2023: Anwar takut bawa usul keabsahan
44 minit lalu · Politik
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
2 jam lalu · Politik
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
4 jam lalu · Politik
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
4 jam lalu · Politik
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
20 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
24 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok