Polis rampas dadah RM3.1 juta disimpan dalam kereta

October 18, 2023 · Isu semasa

Polis menahan dua individu dan merampas dadah jenis methamphetamine seberat 93.8 kilogram dianggarkan bernilai RM3.1 juta dalam serbuan di Batu Caves, Ahad lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata berdasarkan siasatan awal terhadap masing-masing seorang lelaki tempatan dan warga Indonesia yang ditahan, mereka merupakan transporter atau penghantar bagi sindiket pengedaran dadah antarabangsa, lapor Bernama.

“Kami dapati dadah ini diambil dari negara jiran di utara tanah air dan akan diseludup keluar untuk dipasarkan ke Indonesia, dan dikesan bergerak aktif sejak Januari lepas.

“Selain dadah, polis turut merampas tiga kenderaan dan wang tunai sebanyak RM500 dengan jumlah keseluruhan rampasan RM3.22 juta,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di sini hari ini.

Beliau berkata serbuan pada 9.35 malam itu merupakan hasil maklumat awam yang mencurigai tindakan lelaki tempatan berumur 34 tahun itu yang bekerja sebagai mekanik kenderaan.

Hussein berkata penangkapan lelaki terbabit membawa kepada penemuan sebuah kereta Nissan Almera yang diletakkan di kawasan berhampiran dan menjumpai dadah yang diletakkan di dalam empat beg kanvas dan satu guni putih di tempat duduk belakang dan bonet.

Beliau berkata susulan penemuan itu, lelaki berkenaan membawa anggota ke sebuah kondominium berhampiran dan berjaya menahan seorang lelaki warga Indonesia berumur 42 tahun.

Menurut Hussein, lelaki tempatan terbabit mempunyai tiga kes lampau membabitkan jenayah dan dadah.

“Kedua-dua mereka direman hingga 22 Okt dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dan menambah polis sedang mengesan saki-baki individu yang terlibat dalam sindiket itu.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024
‘Saya tak nikah Rina Harun’
October 18, 2022
Umat Islam Malaysia mula puasa esok
April 12, 2021
Jangan jual pula tablet PerantiSiswa selepas diberi percuma: Annuar
September 3, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024 · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024 · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok