Jangan jual pula tablet PerantiSiswa selepas diberi percuma: Annuar

September 3, 2022 · Isu semasa

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa mengingatkan pelajar yang menerima tablet PerantiSiswa Keluarga Malaysia agar tidak menyalahgunakan atau menjualnya.

Beliau berkata pelajar yang menerima peranti percuma itu perlu bertanggungjawab menjaganya dengan baik, lapor Bernama.

“Besar harapan saya walaupun peranti ini diberikan secara one-off (sekali beri), semua yang menerima harus menjaga peranti itu dengan baik.

“Tidak menyalahgunakan, tidak menjual dan sebagainya,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika melancarkan inisiatif itu, mengumumkan mahasiswa yang menerima PerantiSiswa tidak perlu memulangkan peranti itu apabila tamat pengajian nanti.

Kerajaan sebelum ini telah menetapkan inisiatif PerantiSiswa itu diberikan secara Konsep Guna Pakai (KGP) dan mahasiswa perlu memulangkannya selepas tamat pengajian.

Annuar juga menjelaskan semua peranti tersebut mempunyai waranti selama dua tahun iaitu pelajar boleh membaiki atau mendapatkan peranti baharu jika terdapat sebarang kerosakan dalam tempoh masa tersebut.

Beliau berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) mempunyai data yang lengkap penerima peranti agar mereka yang telah menerima peranti itu tidak memohon buat kali kedua pada masa hadapan.

“Contohnya mereka memperoleh peranti sewaktu berada di Tingkatan Enam kemudian berjaya melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang termasuk dalam program ini, maka mereka sudah tentu tidak perlu memohon lagi,” katanya.

Beliau juga memberitahu pengagihan pemberian PerantiSiswa bagi fasa 1 akan diselaraskan bersama IPT di seluruh negara secara serentak termasuk Sabah dan Sarawak agar semua pemohon yang lulus mendapat manfaat secepat mungkin.

Berkenaan pemohon yang gagal secara dalam talian, Annuar berkata K-KOMM akan merujuk kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi mendapatkan perakuan pengesahan tahap pendapatan keluarga pemohon tersebut sebelum meluluskannya.

Sementara itu, beliau juga menjelaskan pengagihan PerantiSiswa dilaksanakan secara berperingkat walaupun mendapat peruntukan secara sekali gus adalah bagi memberi peluang kepada pelajar baharu yang menerima tawaran ke universiti pada suku kedua tahun ini.

Selain itu, katanya ia juga bagi memberikan ruang kepada pembekal peranti berkenaan agar dapat memenuhi 400,000 jumlah peranti yang diminta oleh kerajaan bagi tahun ini.

Beliau memaklumkan kerajaan juga berjaya membuat beberapa penjimatan atas pembukaan tender terbuka sehingga dapat memperluaskan inisiatif itu kepada pelajar golongan lain seperti Tingkatan Enam dan Matrikulasi.

Sementara itu, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad ketika berucap pada majlis itu, berharap inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia dapat disebar dengan lebih luas yang memanfaatkan 1.6 juta pelajar di lebih 600 IPT seluruh negara.

Katanya, bagi rancangan jangka masa panjang, KPT akan mengangkat aspek keperluan peranti dan akses kepada internet dijadikan sebagai satu daripada fokus dalam Pelan Pendigitalan Pendidikan Tinggi Negara.

Berita berkaitan
Keputusan buruk UMNO dalam PRN tanggungjawab bersama: Noraini
August 20, 2023· Politik
Zahid patut malu duduk di UMNO, hati di PKR-DAP : Annuar
August 7, 2023· Politik
Takut hilang sokongan, Asyraf kata UMNO tak pecat ahli sertai MN, PAS
August 5, 2023· Politik
UMNO Ketereh lumpuh selepas ahli umum keluar parti, termasuk anak Annuar
August 4, 2023· Politik
Popular
Hina Sultan Selangor: Hukuman penjara pendakwah bekas penasihat agama Guan Eng kekal
September 25, 2023
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
September 25, 2023
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Dia juga membantu orang miskin, kata PMX semasa pertemuan dengan Syed Mokhtar
June 2, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Anggota pukul wanita dalam video tular sedang disiasat polis
3 jam lalu · Isu semasa
Penyusutan nilai sektor komoditi punca perdagangan negara susut: Liew
4 jam lalu · Isu semasa
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
5 jam lalu · Isu semasa
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
5 jam lalu · Isu semasa
Ramalan kaji cuaca ramal ribut petir dan angin kencang di utara semenanjung
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
6 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok