Kes 1MDB: Permohonan kerajaan sekat PetroSaudi guna dana bersambung 20 Feb 2024

October 18, 2023 · Isu semasa

Pendengaran permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd (PSI) dan pengarahnya Tarek Obaid daripada menggunakan US$340 juta dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disimpan dalam akaun pelanggan di sebuah firma guaman di United Kingdom (UK), bersambung di Mahkamah Tinggi di sini pada 20 Feb depan.

Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sazilee Abdul Khairi memohon tarikh sambung pendengaran kerana pihaknya masih menunggu perkembangan terbaharu daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai kes tersebut, lapor Bernama.

“Dalam kes ini pemohon (pendakwa raya) memahami keprihatinan mahkamah bahawa kes ini telah lama berlangsung, pihak-pihak belum menyelesaikan hujahan. Bagaimanapun pihak-pihak akur dengan keputusan mahkamah sekiranya dapat menetapkan satu tarikh lagi untuk pihak-pihak berhujah.

“Ini akan dapat membantu pihak pemohon (pendakwa raya) untuk menyelesaikan beberapa perkara yang mana terdapat saksi yang baru dirakam percakapannya dan mungkin boleh memberi kesan terhadap kes ini,” kata Ahmad Sazilee semasa prosiding pengurusan kes itu hari ini.

Semasa ditanya Hakim Ahmad Shahrir, sama ada saksi itu telah selesai dirakam percakapannya, Ahmad Sazilee berkata: “(Rakaman percakapan saksi) masih berlangsung dan pihak kami masih menunggu perkembangan terbaharu daripada pihak penguat kuasa (SPRM) kerana kami tidak tahu apa rakaman percakapan tersebut”.

Peguam Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden mewakili Tarek mencadangkan pendengaran terakhir bagi kes itu perlu ditetapkan memandangkan kes tersebut telah lama dan sekiranya terdapat sebarang permohonan ia perlu difailkan sebelum tarikh pendengaran.

Peguam Alex Tan mewakili PSI, PSOS-VZ dan Temple Fiduciary Services Limited, yang merupakan responden kedua, ketiga dan kelima berkata beliau mengguna pakai hujahan Mohd Yusof.

Susulan itu Hakim Ahmad Shahrir menetapkan 20 Feb 2024 untuk pendengaran terakhir dan sebarang permohonan sekiranya ada perlu difailkan sebelum tarikh tersebut.

Pada 16 Julai 2020, mahkamah membenarkan permohonan kerajaan untuk mendapatkan perintah sementara bagi menghalang pihak terbabit daripada mengalihkan wang yang dikaitkan dengan 1MDB dan menyimpannya dalam akaun eskrow yang dipegang oleh Clyde & Co.

Perintah itu adalah bagi mengekalkan status quo pihak terbabit sehingga pelupusan permohonan kerajaan bagi mendapatkan perintah menghalang sebarang urusan membabitkan wang milik PSI dan anak syarikatnya PSOS-VZ yang kini berada dalam akaun tersebut.

Kerajaan Malaysia mendakwa wang terbabit berasal daripada dana 1MDB dalam satu usaha sama dengan PSI bagi menubuhkan 1MDB PetroSaudi Ltd pada 2010.

Permohonan itu, yang difailkan di bawah Seksyen 53 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, menamakan Obaid, PSI, PSOS-VZ, Clyde & Co dan Temple Fiduciary sebagai responden pertama hingga kelima.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS
June 8, 2023
Kementerian Kesihatan haramkan dua produk kosmetik berbahaya
April 6, 2021
Hampir sejuta tonton biawak ‘berpelukan’ di Pusat Penilaian Covid-19
July 28, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok