Ringgit ditutup pada paras RM4.73 berbanding dolar

October 17, 2023 · Isu semasa

Ringgit ditutup hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan pelabur terus memihak kepada unit negara maju dalam keadaan ketegangan geopolitik di Timur Tengah, kata ahli ekonomi.

Pada 6 petang, mata wang tempatan berada pada 4.7345/7375 berbanding dolar AS daripada 4.7340/7380 sewaktu ditutup pada Isnin, menurut laporan Bernama.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ketidaktentuan berlarutan membabitkan konflik di Timur Tengah dilihat memberi sokongan kepada dolar AS, dengan peningkatan meluas yang mendorong kepada lebih banyak permintaan terhadap mata wang selamat itu.

“Sentimen risiko dilihat akan berlaku sementara, namun, boleh berubah dengan cepat disebabkan pelabur masih bergelut dengan dinamik kompleks krisis di Timur Tengah dan potensi kesannya kepada ekonomi global,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata mungkin lawatan berisiko tinggi Presiden AS Joe Biden ke Israel berpotensi menjadi tumpuan utama pasaran berikutan konflik ketenteraan yang meningkat di rantau ini.

“Ini mungkin mendorong permintaan kepada mata wang selamat untuk terus kekal menerima sokongan,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit menyusut berbanding pound Britain kepada 5.7595/7632 daripada 5.7494/7543 sewaktu ditutup pada Isnin dan rendah berbanding euro kepada 4.9973/5.0004 daripada 4.9858/9901, namun meningkat berbanding yen kepada 3.1629/1651 daripada 3.1668/1697 semalam.

Pada masa sama, mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang Asean lain.

Ringgit mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.0180/0319 daripada 13.0392/0549 semalam dan mencatat sedikit perubahan berbanding rupiah Indonesia kepada 301.2/301.5 daripada 301.0/301.5 sebelum ini.

Mata wang tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4566/4590 daripada 3.4560/4592 pada Isnin dan berkurangan berbanding peso Filipina kepada 8.34/8.35 daripada 8.33/8.34.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Popular
Hampir sejuta tonton biawak ‘berpelukan’ di Pusat Penilaian Covid-19
July 28, 2021
88 peratus pemberi rasuah bukan Melayu, kata Zuhdi petik kajian PhD
September 7, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Baki pinjaman hutang UDA ditukar selepas diluluskan Parlimen
April 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok