6,290 bayi antara 48,261 kanak-kanak positif Covid-19 di Malaysia

May 26, 2021 · Isu semasa

Sebanyak 6,290 bayi di bawah usia 18 bulan telah dijangkiti virus Covid-19 sejak negara dilanda pandemik itu awal tahun lalu, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, jumlah itu merangkumi 48,261 kanak-kanak yang disahkan positif Covid-19.

“Dengan perkembangan terbaharu ini amat membimbangkan dan seharusnya menjadi ‘wake-up call’ kepada semua pihak terutama ibu bapa,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan masyarakat bahawa jangkitan kes Covid-19 tidak kenal siapa, termasuk kanak-kanak.

Katanya, sebelum ini warga emas menjadi golongan paling berisiko dijangkiti virus berbahaya itu, tetapi kini ancaman Covid-19 meliputi semua usia sehingga kepada bayi.

“Situasi semasa kian buruk apabila terus mencatatkan lonjakan dengan angka harian pesakit baharu melebihi 7,000 kes hari ini, tertinggi sejak wabak itu dikesan di Malaysia.

“Kita sebagai orang dewasa yang bertanggungjawab melindungi kanak-kanak ini daripada dijangkiti,” katanya.

Ismail Sabri meminta ibu bapa mengawasi anak-anak mereka dengan mengelak bermain di luar rumah, dan lebih kerap mencuci tangan serta memakai pelitup muka.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Waris bayi ditinggalkan tepi longkang sedang dicari
December 5, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Kos umrah meningkat, apa puncanya?
February 15, 2023
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
14 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok