Ringgit dibuka pada RM4.72 berbanding dolar, menyusut lagi

October 13, 2023 · Isu semasa

Ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama kecuali dolar AS pada sesi awal hari ini apabila dolar AS mengukuh di tengah-tengah data inflasi negara itu yang lebih tinggi daripada jangkaan, kata seorang penganalisis.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.7280/7330 berbanding dolar AS daripada penutupan Khamis pada 4.7090/7140, lapor Bernama.

Indeks harga pengguna AS (IHP) dilaporkan meningkat 0.4 peratus pada September dan 3.7 peratus berbanding setahun lepas, yang melebihi unjuran masing-masing 0.3 peratus dan 3.6 peratus.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata IHP AS yang lebih tinggi daripada jangkaan berserta insurans tuntutan pengangguran yang berterusan sebanyak 209,000 minggu lepas telah melonjakkan nilai dolar AS.

Indeks Dolar AS (DXY) meningkat sebanyak 0.74 peratus kepada 106.599 mata, tambahnya.

“Justeru, pertukaran dolar AS/ringgit boleh stabil pada paras semasa sekitar 4.71 selepas mengalami beberapa peningkatan minggu ini apabila kadar pertukaran mencapai paras tertinggi 4.7315,” katanya kepada Bernama.

Di dalam negara pula, Mohd Afzanizam berkata pelabur menantikan pembentangan Belanjawan 2024 lewat hari ini untuk mendapatkan hala tuju seterusnya.

Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama yang lain.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding euro kepada 4.9828/9881 daripada 5.0005/0058, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.7620/7681 daripada 5.7925/7987 dan tidak berubah berbanding yen pada 3.1571/1606.

Namun, berbanding mata wang Asean yang lain, ringgit bergerak bercampur-campur.

Nilai ringgit mengukuh berbanding baht Thai kepada 12.9744/9920 daripada 12.9997/13.0207 dan kekal berbanding dolar Singapura pada 3.4556/4598.

Ia lemah berbanding rupiah Indonesia pada 301.1/301.6 daripada 299.9/300.4 dan susut berbanding peso Filipina pada 8.32/8.34 daripada 8.31/8.32 sebelumnya.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Popular
Satu dos vaksin kepada warga pendidik sebelum 1 September
July 28, 2021
Elak risiko Demam Denggi Berdarah
August 25, 2021
‘Mafia wanita’ bawa parang terlibat bunuh lelaki di Bukit Mertajam
May 15, 2022
7 jenis makanan untuk tingkatkan imunisasi badan
September 25, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024 · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024 · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok