Dikritik semasa wawancara petik Mandela, PMX gesa tonton rakaman penuh

October 9, 2023 · Politik

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesyorkan agar semua pihak, termasuk pembangkang menonton keseluruhan rakaman wawancara beliau dengan agensi berita CNN baru-baru ini berkaitan pelbagai isu termasuk berhubung dasar ekonomi negara sebelum membuat sebarang tohmahan terhadapnya.

Beliau berkata ini kerana terdapat pihak melakukan unsur khianat apabila dengan sengaja memotong klip wawancara beliau dengan ketua peneraju antarabangsa CNN Christiane Amanpour itu, sehingga menunjukkan beliau memberikan jawapan tidak lengkap terhadap pertanyaan yang diajukan oleh wartawan itu, lapor Bernama.

“Saya syorkan lihat keseluruhan temu bual itu dan tidak (lihat) ‘cut and paste’ yang dibuat dan kita telah pun tunjukkan yang dikeluarkan CNN International dan CNN Amerika Syarikat yang memberi liputan sepenuhnya jawapan.

“Tetapi ada unsur khianat yang sengaja memotong yang menunjukkan tidak ada jawapan lengkap. Kemudian ada juga ada dialog dengan Consul of Foreign Relation, yang juga memberi penjelasan sama jadi saya harap Yang Berhormat jangan baca ‘cut and paste’, baca sepenuhya,” kata beliau di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika memberi respons kepada Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) yang menyatakan bahawa Perdana Menteri telah menjawab soalan asal beliau berhubung Ekonomi MADANI dengan baik dan sepatutnya turut berbuat demikian ketika temu bual dengan CNN baru-baru ini.

Anwar sebelum itu menjawab soalan asal Hamzah berhubung inovasi baharu Ekonomi MADANI yang berbeza dengan Dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 bagi menjayakan sasaran meletakkan Malaysia di kedudukan 30 ekonomi terbesar dunia.

Semasa sesi dialog anjuran Ahli Majlis Hubungan Luar Negeri (CFR), sebuah badan pemikir yang khusus dalam dasar luar AS dan hubungan antarabangsa di New York lalu, Anwar menghabiskan hampir lima minit bercakap tentang pemenjaraannya serta perbualan yang didakwanya pernah dilakukan dengan mendiang Mandela.

Anwar merupakan salah seorang daripada tetamu jemputan dalam program tersebut yang dihoskan oleh CFR ketika Perhimpunan Agung PBB baru-baru ini di New York.

Bagaimanapun, pengguna media sosial mengkritik Anwar dalam wawancara tersebut dengan berkata mereka berasa malu dengan jawapan diberikan Anwar, terutamanya apabila beliau dilihat sentiasa bercakap tentang pengalaman peribadinya yang lalu malah cuba berjenaka.

Berita berkaitan
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024· Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
December 7, 2022
Ahli PN dihalau, dilarang solat di masjid N.Sembilan
July 21, 2023
Lagi Politik terkini
Bawa kad pengenalan, SPR ingatkan pengundi di PRK KKB
May 10, 2024 · Politik
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok