Tiada liputan PMX berlepas ke UAE oleh media arus perdana?

October 5, 2023 · Politik

Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam berlepas ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) atas jemputan rasmi negara tersebut.

Berbeza dengan lawatan ke luar negara sebelum ini, tiada liputan oleh media arus perdana berhubung lawatan Perdana Menteri (PMX) ke UAE malam tadi.

Malah, tiada sebarang makluman berhubung program yang akan dihadiri Anwar dalam lawatannya ke UAE.

Terdahulu sebelum ini, media melaporkan Anwar berkata satu berita penting yang sangat baik akan diumumkan hasil lawatan kerja UAE.

Ketika berucap pada Ceramah Mega Perpaduan Madani di Dataran Simpang Pelangai pada Isnin lalu, Anwar berkata pengumuman baik itu khusus kepada warga Pahang namun tidak memperincikan berhubung perkara tersebut.

“Mudah-mudahan Insya-Allah… kita akan beri pengumuman yang penting bukan sahaja untuk Malaysia tapi untuk negeri Pahang.

“Saya tak beritahu (Datuk Seri Wan) Rusdy (Wan Ismail) sebab nak buat kejutan untuk dia, tapi syaratnya menang (Pilihan Raya Kecil) Pelangai dulu.

“Kita akan umumkan satu berita yang sangat baik untuk negeri Pahang daripada UAE,” katanya dipetik laporan media.

Semalam, Anwar berada di Sabah bagi menghadiri majlis penangguhan Konvensyen Pengurusan Hal Ehwal Islam sempena Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia (IJPAM) 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Semakan Agenda Daily dalam akaun rasmi Facebook Anwar juga tiada perkongsian gambar berhubung lawatan tersebut ke UAE.

Berita berkaitan
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024· Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
PN akan pastikan nilai ringgit kukuh jika jadi kerajaan, kata Muhyiddin
November 7, 2022
Lapan ADUN UMNO Perak khianati Melayu, Islam demi diri, kuasa?
November 21, 2022
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Kit Siang antara terawal beri cadangan kerajaan perpaduan
November 23, 2022
Lagi Politik terkini
Bawa kad pengenalan, SPR ingatkan pengundi di PRK KKB
May 10, 2024 · Politik
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok