Selepas dikritik PN, 33 peratus saham Boustead Plantations tak jadi dijual

October 5, 2023 · Isu semasa

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Bhd (BHB) dan Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK) telah bersetuju untuk tidak meneruskan pengambilalihan 33 peratus kepentingan dalam Boustead Plantations Bhd (BPlant) dengan pertimbangan tunai RM1.15 bilion oleh KLK.

Isu penjualan saham tersebut menerima bantahan Perikatan Nasional (PN) yang membangkitkan isu tersebut dalam Dewan Rakyat dan mempertikaikan langkah kerajaan campuran mahu menjual aset penting negara itu kepada syarikat luar.

BPlant dan KLK berkata bahawa “syarat-syarat duluan di bawah perjanjian kerjasama strategik (SCA) tidak dapat dimuktamadkan pada tarikh akhir 6 Okt 2023.”

“Berdasarkan kepada keadaan itu, pihak-pihak berkaitan saling bersetuju bahawa SCA itu akan ditamatkan berkuat kuasa serta-merta pada 4 Okt 2023,” kata kedua-dua syarikat dalam makluman masing-masing kepada Bursa Malaysia semalam.

Berikutan daripada penamatan itu, RHB Investment Bank Bhd, bagi pihak KLK, berkata BHB akan memulangkan deposit bersamaan kira-kira RM229.15 juta kepada KLK dalam tempoh 14 hari perniagaan bermula hari ini, “atau tarikh lain yang boleh dipersetujui antara pihak-pihak.”

Kedua-dua KLK dan BPlant berkata penamatan SCA itu dijangka tidak mempunyai sebarang kesan material ke atas pendapatan, pendapatan sesaham, aset bersih dan aset bersih sesaham mereka bagi tahun kewangan berakhir 30 Sept 2024 (untuk KLK) dan tahun kewanga berakhir 31 Dis 2023 (untuk BPlant).

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) ialah pemegang kepentingan utama dalam BPlant dan syarikat induknya adalah BHB.
Pada 24 Ogos 2023, KLK mencadangkan untuk membeli 739.20 juta saham, atau 33 peratus kepentingan dan satu saham BPlant daripada BHB pada harga RM1.15 bilion.

KLK juga mencadangkan tawaran pengambilalihan mandatori untuk mengambil alih semua baki saham BPlant yang belum dimiliki oleh KLK, BHB dan LTAT pada harga RM1.55 sesaham.

Harga tawaran nilai BPlant ditetapkan adalah pada RM3.47 bilion.

Dalam satu kenyataan pada 11 Sept 2023, KLK mengumumkan pihak terbabit bersetuju untuk melanjutkan tarikh akhir perjanjian itu kepada 22 Sept 2023. Selepas itu, tarikh tersebut dilanjutkan lagi kepada 6 Okt 2023.

Berita berkaitan
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024· Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Popular
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024
Apakah nasib sekolah swasta pasca pandemik Covid-19?
October 16, 2021
Calon muda PRN: Mampukah mereka menang tawan hati pengundi?
November 9, 2021
Cukai terhadap produk bergula mampu bantu atasi masalah diabetes
November 15, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok