Kerusi Kemaman: PAS akan teliti sama ada merayu atau tidak keputusan mahkamah

September 27, 2023 · Politik

PAS akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan berhubung keputusan mahkamah membatalkan kemenangan calon Perikatan Nasional (PN) Che Alias Hamid di kerusi Parlimen Kemaman pada Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam.

Terdahulu, kemenangan Che Alias dibatalkan Perakuan Hakim Pilihan Raya bagi kerusi Parlimen Kemaman dan jika tiada rayuan dibuat ia akan menyaksikan Pilihan Raya Kecil (PRK) akan diadakan sekali lagi di kawasan tersebut.

“PAS akan memutuskan sama ada parti itu akan membuat rayuan atau tidak berhubung keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu yang membatalkan kemenangan calon Perikatan Nasional (PN) Che Alias Hamid di kerusi Parlimen Kemaman,” kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dipetik laporan BH.

Media semalam melaporkan, Mahkamah Pilihan Raya semalam membatalkan kemenangan calon PN Che Alias Hamid di kerusi Parlimen Kemaman.

Menurut kenyataan kepada media, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu merangkap Hakim Pilihan Raya, Anselm Charles Fernandis yang membenarkan petisyen pilihan raya oleh calon BN Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil.

Hakim Anselm Charles menerima dakwaan pempetisyen di dalam Petisyen Pilihan Raya bahawa terdapat sogokan di beberapa majlis rasmi Kerajaan Negeri Terengganu melalui dana bantuan i-Belia dan i-Siswa yang diagihkan kepada pengundi semasa tempoh berkempen PRU15 untuk meraih undi kepada Che Alias.

Mahkamah mengarahkan kos RM30,000 untuk dibayar oleh responden kepada pempetisyen.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Jangan lupa DAP, PKR lebih banyak derhaka kepada Agong, Raja-Raja Melayu
August 4, 2021
Nama anak saudara Dr Mahathir dipetik dalam perbicaraan rasuah Zahid
July 25, 2022
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok