Jawatan Presiden MCA akan ada pertandingan dalam pemilihan parti

September 12, 2023 · Politik

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong akan dicabar bekas ahli Jawatankuasa Pusat MCA Tan Chong Seng bagi merebut jawatan presiden dalam pemilihan parti pada 24 Sept ini.

Menerusi kenyataan di Facebook rasmi beliau hari ini, Wee yang merupakan penyandang presiden MCA berkata ia menunjukkan proses demokrasi kekal subur dalam parti itu, lapor Bernama.

“Syukur, proses penamaan calon bagi Jawatankuasa Pusat MCA 2023 berjalan dengan lancar hari ini, menyaksikan gelanggang bagi merebut kesemua jawatan di peringkat pusat dan sayap Pemuda serta Wanita kini membuka tirai.

“Terima kasih atas kepercayaan kepada saya untuk mempertahankan jawatan Presiden MCA bagi pemilihan parti kali ini. Justeru, saya merayu kepada para perwakilan untuk memberikan mandat kepada saya agar saya dapat terus membangunkan parti dan melaksanakan pembaharuan sewajarnya,” katanya.

Menurut Wee, seperti dalam manifesto, beliau akan memperkenal dan melaksanakan tiga pembaharuan besar untuk memulih serta membina semula parti.

“Saya akan melakukan yang terbaik untuk memastikan parti MCA menjadi lebih kuat dan dapat memberi perkhidmatan lebih baik kepada rakyat. Kepada para perwakilan, saya Wee Ka Siong, calon nombor 2 merayu undi daripada anda semua. Terima kasih,” katanya.

MCA akan mengadakan pemilihan bagi peringkat pusat pada 24 Sept ini manakala pemilihan sayap Pemuda dan Wanita ditetapkan pada 23 Sept, seterusnya Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pada 21 dan 22 Okt.

Berita berkaitan
Zahid sahkan pembantu Najib dipecat daripada UMNO
December 9, 2023· Politik
Atas permintaan akar umbi dan MPT, Muhyiddin akan tawar diri kekal sepenggal lagi
November 25, 2023· Politik
MPT Bersatu tolak keputusan Muhyiddin tak pertahankan jawatan Presiden
November 24, 2023· Politik
Saya maklumkan awal bagi memastikan proses peralihan berjalan baik: Muhyiddin
November 24, 2023· Politik
Popular
PRU-15: Senarai calon UMNO menang Parlimen
November 21, 2022
Isu sokong Anwar tak dijawab, Najib bidas pula pemimpin UMNO obses PRU
May 10, 2021
UMNO Sabah mula minta senarai calon PRU-15
August 10, 2022
Armada Bersatu lapor polis maklumat siasatan bocor melibatkan Menteri UMNO
April 12, 2023
Lagi Politik terkini
Bawa kad pengenalan, SPR ingatkan pengundi di PRK KKB
May 10, 2024 · Politik
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok