UMNO-BN hilang 27,000 lebih undi Melayu tapi Zahid masih berbangga

September 10, 2023 · Politik

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram menyaksikan UMNO-Barisan Nasional (BN) hilang banyak sokongan pengundi teras mereka, kaum Melayu berbanding sebelum ini.

Dianggarkan kira-kira 27,000 undi Melayu yang sebelum ini menyokong UMNO-BN hilang, ia mungkin berlaku disebabkan mereka tidak keluar mengundi atau beralih undi kepada Perikatan Nasional (PN), menurut seorang pemimpin tertinggi parti itu sendiri.

Ahli Majlis Tertinggi (MT), Isham Jalil berkata anggaran jumlah undi yang hilang berdasarkan analisis awal umlah pengundi Melayu pada dua PRK berkenaan.

“Daripada congak ringkas ini dapatan awal yang saya lihat adalah lebih 39,000 pengundi yang dahulu ketika Pilihan Raya ke-15 (PRU-15) keluar mengundi, kali ini mereka tidak keluar mengundi. Daripada jumlah ini, 18,000 adalah pengundi Melayu manakala 16,000 pengundi Cina dan 5,000 pengundi India tidak keluar mengundi.

“Undi Melayu kepada PN meningkat 9,000 daripada 20,000 semasa PRU-15 kepada 29,000 pada PRK ini.

“Undi Melayu kepada Pakatan Harapan (PH)-BN pula merosot 27,000 daripada 34,000 pada PRU-15 kepada 7,000 pada PRK ini. Daripada jumlah ini dianggarkan 18,000 tidak keluar mengundi dan 9,000 lagi menukar undi kepada PN,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam pada itu Isham berkata, kerjasama PH-BN telah menambah 4,000 undi Melayu kepada 7,000 undi berbanding hanya 3,000 undi yang diperoleh pada PRU-15.

Perkiraan ringkas itu jelasnya hanya congak berdasarkan kiraan perincian yang ada.

“Jika ada kiraan yang lebih tepat, bolehlah sertakan di ruangan komen (dalam Facebook) dengan perincian anda.

“Saya harap dan mendoakan agar dengan keputusan ini semoga semua pihak dapat mengambil iktibar dan membuat langkah pembaikan untuk kebaikan rakyat dan negara,” ujarnya.

Berita berkaitan
Bawa kad pengenalan, SPR ingatkan pengundi di PRK KKB
May 10, 2024· Politik
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024· Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
Popular
Bawa kad pengenalan, SPR ingatkan pengundi di PRK KKB
May 10, 2024
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
Wan Saiful cabar DAP saman UMNO-BN dalam isu Komunis
November 17, 2023
UMNO tak tuntut RM114 juta, Zahidi desak penjelasan MT UMNO
June 2, 2021
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok