Hari Kebangsaan: Agong dan Permaisuri santuni rakyat pelbagai kaum

August 31, 2023 · Isu semasa

Terkenal dengan sifat mesra rakyat, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini menyantuni rakyat pelbagai kaum yang hadir pada sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya hari ini.

Baginda berdua dalam aksi spontan, luar daripada kebiasaan dan protokol, meluangkan masa kira-kira sejam beramah mesra, bersalaman dan mengambil swafoto dengan peserta perarakan dan pengunjung, lapor Bernama.

Pasangan diraja itu juga dilihat berpimpin tangan dan menyanyikan lagu Jalur Gemilang yang dimainkan di lokasi sambutan itu, ketika berjalan di pekarangan dataran.

Al-Sultan Abdullah turut dilihat mendukung seorang kanak-kanak lelaki dan Tunku Azizah pula memberi isyarat ‘mini love’, ‘flying kiss’ dan melambai kepada khalayak ramai.

Baginda berdua juga diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Jemaah Menteri.

Sementara itu, seorang pengunjung, Irmanira Mohd Isa, 42, ketika ditemui berkata perjalanan beliau dari Banting, Selangor pada 11 malam tadi untuk menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya tidak sia-sia apabila dapat bersalaman dan bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

“Saya rasa teruja dan bangga apabila Agong dan Permaisuri sanggup jalan kaki dari Pentas Diraja ke arah kami dan bersalaman dengan ramai rakyat jelata,” katanya.

Bagi seorang pelajar universiti, Muhammad Firdaus Redzuan, 21, pengalaman bersalaman dan beramah mesra dengan Seri Paduka berdua menjadikan sambutan tahun ini lebih bermakna dan meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Suri rumah Norazli Hasan, 45, yang datang bersama suami dan tiga anak pula berkata impiannya untuk berjumpa secara bersemuka dengan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong akhirnya tertunai hari ini selepas lebih 12 tahun menunggu peluang berkenaan.

“Memang berhasrat untuk berjumpa dengan baginda berdua tetapi tidak pernah ada peluang. Hari ini akhirnya tertunai juga impian apabila Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong bersalaman dengan kami anak-beranak,” katanya yang menghadiri acara sambutan itu setiap tahun sejak 2010.

Bagi penjawat awam, Bazli Shah Osman, 38, dia tidak menyangka Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah akan menyapa pengunjung kerana kebiasaannya baginda berdua mengikut protokol majlis iaitu berangkat pulang sejurus majlis selesai.

“Inilah keperibadian baginda berdua yang mudah berinteraksi dengan rakyat. Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sempat berbual ringkas dan bertanyakan nama anak saya sambil menghulurkan gula-gula,” kata bapa kepada tiga cahaya mata dari Kuala Kangsar, Perak itu.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024
Pahang tangguh buka semula Tioman, Genting Highlands
September 28, 2021
Dua sungai di Pahang, Kelantan catat paras bahaya
December 14, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024 · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024 · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok