Lelaki miliki 12 rekod jenayah ditembak mati

August 31, 2023 · Isu semasa

Seorang lelaki yang memiliki 12 rekod jenayah lampau maut ditembak di kawasan rumah kedai dua tingkat di Jalan Hamzah Alang, Persiaran Hamzah Alang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S.Vijaya Rao berkata, bertindak atas maklumat, pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara bergerak ke lokasi kejadian pada 10.35 malam, menurut laporan Bernama.

Beliau berkata siasatan awal mendapati saksi awam telah terdengar bunyi beberapa das tembakan dan berlaku kemalangan (jalan raya) kecil di sekitar lokasi kejadian.

“Mangsa yang berusia 36 tahun itu mempunyai 12 rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah kekerasan.

“Polis juga masih lagi mengesan beberapa saksi bebas di tempat kejadian, selain mengesan bukti dan kamera litar tertutup di situ bagi mengesan suspek terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Vijaya Rao meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai insiden itu agar menyalurkannya kepada IPD Klang Utara atau balai polis berdekatan.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
‘Saya tak nikah Rina Harun’
October 18, 2022
Kes rasuah Guan Eng, isteri, rakan niaga pindah ke Mahkamah Tinggi
April 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024 · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024 · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok