Sukar ramal sokongan pengundi Cina kepada PN di Pulai, kata Zulkifli

August 31, 2023 · Politik

Sokongan pengundi Cina kepada Perikatan Nasional (PN) di Parlimen Pulai sukar diramal setakat ini, kata Zulkifli Jaafar.

Calon PN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen tersebut bagaimanapun berkata akan terus berkempen dengan pengundi kedua terbesar di Pulai itu tetapi setakat ini masih tidak pasti kecenderungan mereka sama ada akan kekal menyokong PH atau membuat perubahan menyokong PN kali ini.

“Kita jumpa pengundi Cina dan tidak ada apa yang boleh dilakukan melainkan terus menyantuni mereka. Secara dasarnya kita bertemu mereka dan mereka mesra serta gembira, tapi tidak tahu (pilihan mereka),” katanya dipetik laporan BH.

Mengulas lanjut, Zulkifli juga berkata tidak boleh berharap pergolakan dan perpecahan dalaman UMNO Bahagian Pulai sebagai satu kelebihan pada PRK ini.

Beliau berkata, apa yang perlu dilakukan jentera PN dalam tempoh 10 hari berkempen ini ialah mendekati pengundi di semua 40 pusat daerah mengundi (PDM) dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas dan DUN Pulai.

“Kita tidak ambil kesempatan terhadap situasi semasa yang berlaku kepada UMNO Bahagian Pulai. Jika kita melayan atau bergantung dengan keadaan itu, kita akan lemah dan berkhayal.

“Tidak ada jalan lain untuk menang selain bekerja keras. Apa yang berlaku dalam UMNO Pulai itu boleh dikatakan sebagai bonus, tidak lebih daripada itu,” katanya lagi.

Minggu lalu, sebanyak 11 kain rentang dengan tulisan ‘Cawangan-cawangan UMNO Bahagian Pulai menolak calon Pakatan Harapan’ yang digantung sekitar daerah ini sekali gus tular dalam media sosial.

Difahamkan ketua-ketua UMNO cawangan dalam bahagian Pulai menolak calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Pulai, Suhaizan Kait.

Susulan itu pada Sabtu, Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed akan bertemu dengan ketua-ketua cawangan bahagian itu untuk berusaha keras memujuk mereka yang tidak mahu menyokong Suhaizan pada PRK Parlimen Pulai.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, pihaknya juga tidak mahu leka dengan dakwaan gelombang hijau akan membantunya menang dalam PRK tersebut.

Mengenai kenyataan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang mendakwa kain rentang tersebut digantung pihak lawan kerana mahu memecahbelahkan perpaduan antara BN dan PH, beliau menafikan tuduhan itu.

“Buat apa kita nak pasang kain rentang itu, lebih baik kita pasang kain rentang dan bendera PN. Logiknya kalau itu kita yang buat, lebih baik kita gantung banyak-banyak di seluruh Johor Bahru,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Bawa kad pengenalan, SPR ingatkan pengundi di PRK KKB
May 10, 2024· Politik
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024· Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Ahli PN dihalau, dilarang solat di masjid N.Sembilan
July 21, 2023
2/3 kerusi ketua cabang di Selangor dikuasai #KitaSemuaKEADILAN
May 29, 2022
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok