PN sahkan letak calon bertanding di PRK DUN Pelangai

August 25, 2023 · Politik

Perikatan Nasional (PN) Pahang mengesahkan akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, kata Pengerusinya Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Saifuddin berkata proses pemilihan dan saringan calon yang berkelayakan sedang berjalan, pengumuman calon dijangka akan dibuat pada masa terdekat nanti.

“PN sedang membincangkan calon yang paling sesuai (bagi PRK Pelangai),” katanya dipetik laporan Bernama.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Andasura Rabu berkata pihaknya telah menyerahkan senarai calon kepada kepimpinan pusat untuk dipertimbangkan dan akan bermesyuarat minggu depan bagi membincangkan gerak kerja PRK itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi kerusi DUN Pelangai pada 7 Okt ini manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 23 Sept dan 3 Okt ini.

Daftar Pemilih Pilihan Raya bagi PRK DUN Pelangai mengandungi seramai 16,456 orang pemilih yang terdiri daripada 16, 417 pengundi biasa, 36 orang polis dan tiga orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

PRK DUN Pelangai perlu diadakan berikutan kekosongan luar jangka kerusi berkenaan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun, 53, dalam nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lepas.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kerajaan Anwar sekat kebebasan bersuara rakyat, BERSIH kecewa janji tak ditunaikan
September 13, 2023
Zahid sahkan Noraini dilantik Pengerusi RISDA baharu
March 26, 2023
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok