Tindakan akan diambil terhadap ADUN UMNO sertai program PN: Zahid

August 25, 2023 · Politik

Tindakan tegas bakal diambil terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang menghadiri program anjuran Perikatan Nasional (PN) di Johor pada Ahad, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO itu berkata menerima laporan berhubung ADUN UMNO yang berada semasa program PN dan sesuatu akan dilakukan, tetapi tidak dinyatakan secara terperinci berhubung langkah yang akan diambil terhadap individu tersebut.

“Saya akan terima laporan itu dan kita akan lakukan sesuatu,” katanya dipetik laporan BH.

Perkara itu merujuk tindakan ADUN Rembia, Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis yang hadir pada majlis pengumuman calon PN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di Bakri, Johor.

Terdahulu, Muhammad Jailani mempertahan tindakannya itu dengan menegaskan kehadiran beliau di majlis berkenaan adalah bukan atas kapasiti sebagai ADUN UMNO.

Katanya, kehadirannya itu bagi mewakili badan bukan kerajaan (NGO), Muafakat Nasional (MN) yang diterajui bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa.

“Saya mewakili Annuar (di sini) kerana MN berpegang teguh dengan kepercayaan kepada perpaduan ummah.

“Kebetulan, semangat yang sama dikongsi oleh PN. Kami percaya perpaduan ini tidak mati dan kami tidak bermusuhan dengan mana-mana parti politik,” katanya seperti dipetik dari sebuah laporan media.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Jangan lupa DAP, PKR lebih banyak derhaka kepada Agong, Raja-Raja Melayu
August 4, 2021
PRU-15: Senarai calon UMNO menang Parlimen
November 21, 2022
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok