CAAM diarah siasat semua pesawat Beechcraft Model 390 di Malaysia

August 18, 2023 · Isu semasa

Kementerian Pengangkutan akan meminta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk menjalankan siasatan terhadap semua pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang digunakan di Malaysia.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata pada masa ini pihaknya tidak mahu membuat sebarang keputusan terburu-buru mengenai penangguhan operasi model pesawat tersebut, lapor Bernama.

“Saya akan minta CAAM untuk buat siasatan terhadap model tersebut dan apa sahaja keputusan perlulah kita buat secara teliti selepas siasatan oleh pihak teknikal dan pihak berkuasa.

“Pada ketika ini belum ada apa-apa keputusan terburu-buru diambil, jadi pihak CAAM sudah tentu akan buat siasatan terperinci terhadap semua model yang sedang digunakan di Malaysia berkenaan dengan pesawat tersebut,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman antara Yinson Holdings Bhd, RRJ Capital dan Farosson di sini hari ini.

Semalam, pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor mengakibatkan 10 lelaki maut termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang Datuk Seri Johari Harun.

Lapan yang maut terdiri daripada enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing penunggang motosikal dan pemandu e-hailing yang lalu di tempat kejadian.

Ketika insiden berlaku, pesawat malang itu dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang dan telah mendapat pelepasan untuk mendarat pada 2.48 petang.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Loke sahkan tiada diskaun saman JPJ akan diberikan
December 9, 2023· Isu semasa
MYAirline henti operasi serta-merta, berdepan tekanan kewangan
October 12, 2023· Isu semasa
DAP yakin pengundi Cina sokong calon UMNO di Pelangai: Loke
October 5, 2023· Politik
Popular
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024
Cukai terhadap produk bergula mampu bantu atasi masalah diabetes
November 15, 2021
Imigresen gempur ‘port’ gay di KL
May 26, 2023
Dokumen saman Pulau Batu Puteh tak boleh didedahkan
January 31, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024 · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024 · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok