Bermula September, boleh bayar tol guna kad bank

June 15, 2023 · Isu semasa

Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka dijangka bermula September ini melibatkan 12 lebuh raya di seluruh negara.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata sistem baharu itu bagi memudahkan proses pembayaran tol untuk pengguna lebuh raya.

Katanya, ia membolehkan pengguna membayar tol menggunakan kad debit dan kredit untuk memudahkan serta melancarkan laluan di plaza tol.

“Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka yang diperkenalkan ini adalah sebagai satu daripada usaha dan inisiatif kerajaan yang komited dalam peralihan ke arah pelaksanaan sistem kutipan tol secara Multi-Lane Fast Flow (MLFF) yang dijangka dapat direalisasikan secara berperingkat menjelang 2024,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian pembukaan Fasa dua Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Plaza Tol Alam Damai, Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, pelaksanaan sistem tersebut di semua lorong tol pula akan dijalankan secara berperingkat di setiap plaza tol mengikut kesesuaian.

Tambahnya, kesemua plaza tol di Lebuhraya SUKE direka dengan mengambil kira pelaksanaan MLFF tersebut.

Sistem baharu itu membabitkan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Jambatan Pulau Pinang (JPP) dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE).

Selain itu, lebuhraya lain terlibat ialah Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Terowong SMART, Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) dan Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE).

Berita berkaitan
Kenderaan dijangka meningkat di lebuh raya utama menjelang Deepavali
November 11, 2023· Isu semasa
Kenderaan ke Genting Highland akan dikenakan tol tidak lama lagi: Laporan
October 19, 2023· Isu semasa
Dewan Rakyat: Kerajaan tidak bercadang mansuh tol
May 24, 2023· Isu semasa
Konsep Rahmah sebenar tak perlukan menu makan, tol dan simen: GTA
April 25, 2023· Politik
Popular
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023
Lelaki pandu MPV secara berbahaya dalam video tular ditahan
May 2, 2022
Kementerian Kesihatan haramkan dua produk kosmetik berbahaya
April 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
3 jam lalu · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
3 jam lalu · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok