RUU Keselamatan Siber akan digubal segera, NACSA dan MKN jadi agensi tonggak

June 15, 2023 · Isu semasa

Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara memutuskan agar satu Rang Undang-undang Keselamatan Siber digubal segera, bagi memastikan segenap aspek perundangan yang berkaitan dapat dituntaskan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Majlis Keselamatan Negara telah dipertanggungjawabkan sebagai agensi tonggak, untuk menggembleng usaha dan ikhtiar merentas pelbagai entiti kerajaan serta pihak industri dalam hal ini, menurut laporan Bernama.

“Saya menegaskan bahawa tiada kompromi terhadap keselamatan negara termasuk di dalam domain digital dan eko-sistem siber,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Anwar berkata rang undang-undang berkenaan akan memberi NACSA, MKN punca kuasa undang-undang yang jelas, untuk mengawal selia dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan keselamatan siber, serta menambah baik keberkesanan fungsi-fungsi NACSA, MKN.

Beliau berkata perkara ini sejajar dengan hasrat yang termaktub dalam Arahan MKN No. 26 Pengurusan Keselamatan Siber Negara dan Strategi Keselamatan Siber Malaysia (Malaysia Cyber Security Strategy, MCSS).

Perdana Menteri berkata entiti dalam eko-sistem siber akan terus mengekalkan kuasa yang membolehkan mereka melaksanakan fungsi masing-masing.

“Pada masa yang sama, fungsi tugas beberapa entiti teras berkaitan keselamatan siber akan diselaraskan, bagi mengelakkan pertindihan fungsi dan memaksimakan kecekapan,” katanya.

Anwar berkata Malaysia harus menelusuri cabaran era digital, yang menuntut kesiapsiagaan terbaik seluruh jentera Kerajaan dalam menangani ancaman keselamatan siber.

Perihal ini, katanya menjadi keutamaan bukan sahaja di dalam negara tetapi turut mencakup ehwal yang lebih besar di peringkat global, kerana alam siber dan komunikasi digital meresapi pelbagai aspek dalam kehidupan.

Berita berkaitan
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan
December 15, 2023· Politik
Polis rekod keterangan Kit Siang dengan 27 soalan isu PM bukan Melayu: Peguam
December 13, 2023· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Apandi rayu kes mahkamah tolak saman fitnah terhadap Kit Siang
May 30, 2022
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Apakah ini ‘la maja desnuda’ Malaysia?
April 20, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024 · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024 · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok