Apandi rayu kes mahkamah tolak saman fitnah terhadap Kit Siang

May 30, 2022 · Isu semasa

Bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini yang menoak saman fitnahnya terhadap Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang berhubung artikel yang mendakwa beliau bersubahat dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Peguam Apandi M. Visvanathan mengesahkan bahawa kertas rayuan yang difailkan kepada Mahkamah Rayuan juga telah diserahkan kepada peguam Kit Siang.

“Kami telah memfailkan rayuan. Ia telah difailkan pada 24 Mei 2022,” katanya.

Secara berasingan, peguam Kit Siang, Sangeet Kaur Deo juga mengesahkan bahawa Apandi memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 23 Mei.

Pada 23 Mei lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman RM10 juta yang difailkan Mohamed Apandi terhadap Kit Siang yang didakwa memfitnahnya dalam artikel mengenai skandal 1MDB.

Hakim Datuk Azimah Omar memutuskan bahawa Kit Siang berjaya mewajarkan keistimewaan yang layak dimilikinya apabila membuat kenyataan itu kerana skandal 1MDB melibatkan jenayah, menyalahi undang-undang, kesan sosial, ekonomi kepada ekonomi negara serta moral pemimpin dan agensi tertinggi negara.

“Ia baik dari segi hak rakyat. Ia bukan sahaja soal defendan (Kit Siang) sebagai ahli Parlimen – kepentingan dan kewajipan untuk menyuarakan kekecewaan dan permusuhan mereka, terutamanya apabila semua jalan (aduan) telah habis diusahakan, dan segala usaha itu langsung tidak dipedulikan.

Hakim memutuskan kenyataan Kit Siang wajar apabila menggesa Mohamed Apandi menjawab mengapa dia membebaskan Datuk Seri Najib Razak daripada dikaitkan dengan skandal 1MDB pada 2016.

Hakim Azimah berkata Kit Siang wajar membangkitkan isu itu, terutamanya berikutan bekas perdana menteri itu telah disabitkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2020 dalam kes rasuah RM42 juta SRC International Sdn Bhd.

Beliau seterusnya berkata sabitan Najib telah dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan tahun lepas.

Pada 5 Julai 2019, Mohamed Apandi menyaman Kit Siang, dan dalam penyataan tuntutan mendakwa pada 6 Mei 2019, pemimpin veteran DAP itu telah menulis dan membawa kepada penerbitan artikel bertajuk, Dangerous fallacy to think Malaysia’s on the road to integrity dalam Malaysiakini.

Beliau mendakwa perkataan berunsur fitnah dalam artikel itu membawa maksud bahawa beliau terlibat dalam jenayah dan bersubahat dalam skandal kewangan 1MDB, seorang individu yang tidak bermoral dan berintegriti, tidak beretika serta telah menyalahgunakan kuasanya ketika menjadi Peguam Negara.

Mohamed Apandi yang menyandang jawatan Peguam Negara dari 27 Julai 2015 hingga 4 Jun 2018, mendakwa bahawa perkataan fitnah itu adalah tidak benar dan ditulis dengan niat mencemarkan imej serta kredibilitinya sebagai bekas Peguam Negara Malaysia bagi meraih publisiti murahan.

Beliau menuntut ganti rugi teruk dan teladan serta ganti rugi am RM10 juta, perintah injunksi bagi menghalang Kit Siang dan/atau ejennya daripada terus menerbitkan perkataan yang didakwa berunsur fitnah dan relief lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Berita berkaitan
PH tak desak PRU-15 disegerakan walaupun tamat MoU 31 Julai
July 2, 2022· Politik
Permohonan Irwan, Arul Kanda batal saman 1MDB didengar 19 Okt
July 1, 2022· Isu semasa
Permohonan Rosmah cuba singkir lagi Sri Ram didengar 6 Julai
June 30, 2022· Isu semasa
Tajuddin sahkan Muhyiddin tak masuk campur kes mahkamah Zahid
June 28, 2022· Politik
Popular
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
July 3, 2022
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
July 3, 2022
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
July 2, 2022
Kerajaan ambil tindakan ketirisan minyak masak ke negara jiran
July 3, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Daripada berhimpun, baik jumpa saya cari jalan turun harga barang: Annuar
8 jam lalu · Isu semasa
Jika harga barang tak turun, PM tak tolak pertimbang kenaikan bantuan tunai
9 jam lalu · Isu semasa
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
10 jam lalu · Isu semasa
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
12 jam lalu · Isu semasa
Kompleks hiburan sukan konsep digital RM6 juta bakal dibina di Ketereh
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok