Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah

June 8, 2023 · Isu semasa

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepas dan membebaskan anak saudara kepada bekas ahli Parlimen Sungai Buloh, R. Sivarasa dan bekas pekerjanya daripada tiga pertuduhan rasuah kerana tidak melaporkan kemasukan pekerja asing kepada imigresen, enam tahun lalu.

Hakim Azura Alwi membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Noralis Mat memaklumkan kepada mahkamah, representasi untuk menggugurkan pertuduhan yang dihantar oleh R. Naveen Kularasa, 51 dan bekas pekerja Sivarasa, Nico Kam Joo Hoe, 25 diterima oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).

“Kes ini ditetapkan untuk perbicaraan pada minggu hadapan namun terdapat perkembangan baharu iaitu representasi untuk menggugurkan pertuduhan yang dihantar kedua-dua tertuduh diterima oleh AGC.

“Oleh itu pihak pendakwaan memohon untuk menarik balik pertuduhan dan mohon mahkamah melepaskan tanpa membebaskan kedua-dua tertuduh,” kata Noralis pada sebutan kes itu, hari ini, lapor The Malaysian Insight.

Peguam, Ramesh Sivakumar yang mewakili Kam dan peguam, M. Puravalen yang mewakili Naveen memohon anak guam mereka dilepas dan dibebaskan mengambil kira faktor kes yang dituduh merupakan kes aduan lama sejak 2017 dan adalah tidak munasabah untuk membiarkan kedua-dua tertuduh dibelenggu pertuduhan sekiranya pendakwaan menukar fikiran.

“Perkara ini harus dimuktamadkan. Pihak pendakwaan juga tidak memberikan sebarang alasan mengapa kedua-dua tertuduh tidak harus dilepas dan dibebaskan,” kata Ramesh.

Setelah meneliti hujahan kedua-dua pihak, Azura kemudian melepas dan membebaskan kedua-dua lelaki itu dan memerintahkan wang jaminan RM10,000 bagi setiap tertuduh dikembalikan kepada penjamin.

Pada 24 Januari tahun lepas, Naveen dan Kam mengaku tidak bersalah atas dakwaan bersama-sama secara rasuah meminta wang tunai RM55,000 bagi diri mereka daripada warga Bangladesh, Mono Miah Siddikur Rahman sebagai dorongan kononnya untuk tidak melaporkan kepada pihak imigresen berkaitan Syarikat Dyna Maintainance Services Sdn Bhd milik individu itu yang dikatakan telah membawa masuk pekerja asing dengan menggunakan kelayakan profesional untuk kerja-kerja buruh.

Mengikut pertuduhan kedua dan ketiga, kedua-dua lelaki itu turut mengaku tidak bersalah atas dakwaan telah secara rasuah bersetuju untuk menerima bagi diri mereka wang tunai RM45,000 dan menerima wang tunai RM20,000 daripada pemilik syarikat sama melalui Kam (tertuduh kedua) berhubung perkara sama.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di dua restoran di Cheras dan di sekitar Kuala Lumpur pada 1 tengah hari hingga 10 malam antara 17 hingga 21 September 2017.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah nilai suapan atau denda RM10,000 atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
Popular
Pengerusi PH Kelantan dilantik Pengerusi KADA baharu
June 6, 2023
Media sosial dunia tanpa sempadan
June 28, 2023
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Pekerja kontraktor Petronas raih sumbangan RM91,000 direman
September 5, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok