UMNO bukti majoriti memimpin, bukan minoriti, PAS beritahu Anwar

June 4, 2023 · Politik

PAS menegaskan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa sejak dulu lagi sudah dibuktikan parti majoriti yang memerintah bukan minoriti seperti PKR.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata perkara itu perlu bagi menjamin kestabilan negara.

“Majoriti perlu memimpin demi perpaduan dan kestabilan. Selama lebih 60 tahun UMNO melakukannya.

“Anwar kena rujuk hadis Nabi yang mana Nabi pernah bersabda majoriti (kaum Quraisy) ketika itu mesti memimpin orang Arab demi kestabilan.

“Ia berlaku di Amerika Syarikat, majoriti menjadi pemimpin, bukan minoriti,” katanya, lapor The Malaysian Insight.

Menurut Tuan Ibrahim, UMNO membuktikan dengan jelas kestabilan itu berjaya diwujudkan apabila parti majoriti yang memimpin negara dengan kerjasama pemimpin Cina dan India dalam MCA serta MIC.

Namun Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menegaskan, parti majoriti itu tidak boleh mendiskriminasi parti minoriti serta mesti berlaku adil terhadap semua.

“Apabila majoriti memimpin, mereka tidak boleh menindas minoriti, mereka mesti menghormati hak minoriti dan dengan berbuat demikian, tidak akan timbul isu diskriminasi.

“Perdana menteri silap. Kita tetap kuat apabila majoriti menjadi tonggak utama dalam kerajaan,” katanya.

Semalam Anwar berkata PAS harus meninggalkan naratif kolotnya apabila mengatakan kerajaan perpaduan yang dipimpinnya menjaga hak semua rakyat Malaysia selain tidak mengabaikan orang Melayu.

Beliau menolak dakwaan PAS bahawa Pakatan Harapan (PH) tidak layak mentadbir kerana gabungan itu didominasi parti bukan Islam.

Sementara itu Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad bertanya kepada Anwar di mana salahnya jika rakyat mahukan kerajaan Melayu Islam mentadbir.

“Ambil contoh Kelantan, tiada seorang Cina pun dihalau keluar dari negeri itu dalam tempoh 30 tahun PAS mentadbir negeri. Apa salahnya mahukan kerajaan Melayu Islam.

“Adakah ia perkauman? Adakah kita hanya mahukan seseorang yang boleh bercakap mengenai Islam, membaca al-Quran namun pada masa sama menari dalam majlis sebagai pemimpin,” kata ahli Parlimen Bagan Serai itu.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023· Politik
PAS bidas Anwar kekal jadi Menteri Kewangan, dulu kata nak berjimat
December 12, 2023· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
PRU tak sesuai tahun ini, menteri PN perlu bertegas, kata Muhyiddin
October 4, 2022
Lokasi majlis buka puasa di MAEPS bersama MB Kedah dibatalkan pula, arahan siapa?
March 29, 2023
Azalina cemar nama baik institusi perundangan negara, kata PN Selangor
August 29, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok