Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara

June 3, 2023 · Isu semasa

Bekas Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berharap dan mendoakan agar bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang bersara baru-baru ini dapat terus memberikan sumbangan kepada negara.

Beliau turut berkongsi sekeping gambar bersama Dr Noor Hisham yang ditemuinya pada sebuah majlis di Putrajaya, hari ini.

“Kebetulan pula, tengah hari tadi saya ke satu majlis di Putrajaya dan direzekikan bertemu Tan Sri Dr Noor Hisham.

“Satu kebetulan yang amat bermakna! Allahu teringat penat jerih berperang dengan Covid-19 satu ketika dahulu.

“Saya doakan agar Tan Sri akan terus dapat memberi sumbangan kepada negara tercinta,” katanya melalui hantaran di Facebook itu.

Dalam catatan sama, Mohd Radzi turut mengimbau kembali kenangan ketika sama-sama berganding bahu dengan Dr Noor Hisham menghadapi cabaran pandemik Covid-19.

“Dalam memori yang tercatat di Facebook saya pada hari ini, 3 Jun, tiga tahun lalu ada perkongsian satu video yang cukup nostalgik.

“Coretan tentang lawatan saya bersama Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, mantan Ketua Pengarah Kesihatan dan Datuk Rabin Basir, mantan Ketua Pengarah MKN bagi meninjau persediaan pembukaan semula sekolah buat pertama kali selepas PKP (perintah kawalan pergerakan),” tulisnya.

Dalam hantaran tersebut, Mohd Radzi turut menyatakan rasa bertuah kerana melalui cabaran pandemik dengan pasukan di Kementerian Pendidikan (KPM) yang komited.

“Pada ketika itu, tiada siapa pun antara kita yang berpengalaman menguruskan sesi persekolahan sewaktu pandemik sepertimana pandemik Covid-19.

“Saya bertuah kerana mempunyai pasukan di KPM yang begitu komited dan kami sentiasa berbincang dengan kedua-dua panglima perang ini bagi memastikan agar anak-anak dapat kembali ke sekolah dengan selamat,” tulisnya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
6 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok