Perlu beri peluang kepada kerajaan untuk buktikan prestasi: Zahid

May 31, 2023 · Politik Uncategorized

Rakyat perlu memberi peluang dan masa secukupnya kepada kerajaan campuran untuk membuktikan prestasi mereka, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri itu berkata tidak adil dijadikan kayu pengukur sekiranya baharu beberapa bulan kerajaan campuran memerintah, ia selepas pelbagai kritikan terhadap pentabdiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Peluang mesti diberikan kepada Kerajaan Perpaduan untuk memperlihatkan prestasinya kerana kerajaan yang baru tujuh bulan ini tidak adil dilemparkan dengan soal prestasi.

“Semua harus tahu bahawa kesan daripada limpahan pengumuman dan dana yang disediakan melalui pembentangan Belanjawan 2023 umpamanya, hanya akan terlihat apabila pelaksanaannya dilakukan,” katanya dipetik laporan BH.

Zahid berucap selepas merasmikan Majlis Penutupan Seminar Fikrah Siddiq Fadzil – Citra Budaya Dan Peradaban Bangsa Malaysia di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan juga tidak mengambil sikap popular dengan mahu menyegerakan segala agihan bantuan hanya untuk meraih sokongan rakyat, sebaliknya turut menekankan soal tadbir urus dan tata kelola kewangan yang baik daripada kerajaan.

“Kita perlu mempunyai tata kelola yang baik dalam pengurusan dana dan wang rakyat ini. Maka ketelusan menjadi perkara utama yang harus kita depani.

“Kita tak harus berkompromi untuk menyegerakan pelaksanaan semua rancangan yang dilakukan. Kita tak boleh kompromi soal rasuah, ketirisan penyelewengan dan salah guna kuasa dan ini mesti dilakukan dengan penuh hati-hati serta progresif,” katanya lagi.

Kerajaan campuran berdepan pelbagai kritikan ekoran kelemahan dalam menangani isu kos sara hidup dan harga barang yang tinggi dihadapi oleh rakyat ketika ini.

Isu pengeluaran wang pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) antara yang dilihat menekan rakyat pada ketika sudah berdepan situasi sukar kebelakangan ini.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Lagi Politik Uncategorized terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok