UMNO belum tahu kerusi yang akan ditandingi di P. Pinang, masih berunding

May 22, 2023 · Politik

Setakat hari ini, tiada keputusan muktamad diputuskan berhubung kerusi yang UMNO-Barisan Nasional (BN) akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Walaupun sudah beberapa kali mengadakan mesyuarat rundingan kerusi dengan Pakatan Harapan (PH), namun UMN-BN tidak dapat mengumumkan kerusi mana satu mereka akan bertanding nanti.

Pengerusi BN negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir bagaimanapun berkata, kedua-dua pihak tetap kekal tenang dan bertolak ansur dalam isu pembahagian kerusi dalam memastikan kemenangan Kerajaan Perpaduan.

“Kita sudah bincang dua kali, ada isu yang sudah selesai dan ada masalah berbangkit yang belum (selesai).

“Saya tak mahu nak kata itu ini kerana masalah tidak akan selesai, tetapi PH pun bertolak ansur dengan kita, bukannya kekal ‘demand’ dengan apa yang mereka nak,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perkembangan hasil pertemuan kedua-dua gabungan itu yang berlangsung semalam.

Terdahulu, Musa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DAP negeri di Bukit Tengah semalam.

Turut hadir, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow; Pengerusi DAP yang juga Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng, veteran DAP, Lim Kit Siang serta pimpinan PH dan UMNO negeri.

Ditanya mengenai kerusi yang diminta khusus buat calon UMNO, Musa menegaskan, pihaknya menjalankan perbincangan dan bukannya meminta kerusi seperti yang didakwa.

“Kita tak minta (kerusi), kita bincang ja (sahaja),” katanya.

Dalam perkembangan lain, Musa enggan mengulas lanjut berhubung kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang yakin Perikatan Nasional (PN) mampu meraih kemenangan di semua kerusi Melayu di negeri ini.

“Tak apa lah, hat tu (yang itu) dia (Muhammad Sanusi) kata, kita jangan ikut dia sebab kalau kita jawab, perangai kita pun akan jadi macam dia.

“Biar dia dengan cara dia, kita dengan cara kita sebab kalau masing-masing ‘dok’ serang balas sampai bila pun isu ini takkan habis.

“Tunggu masa PRN nanti, kita tengok berapa kerusi dia menang dan berapa yang kita boleh menang,” katanya.

Dalam pada itu, Kon Yeow berkata, rundingan berhubung pembahagian kerusi akan diteruskan sehingga kata putus berjaya dicapai.

“Masalahnya kita bukan boleh mengadakan mesyuarat dalam tempoh dua ke tiga jam sebab ada perkara yang dibangkitkan perlu dibawa ke jawatankuasa parti masing-masing.

“Jadi, ia akan diteruskan sehingga kata sepakat berjaya dicapai,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok