Dulu PH juga kata Azam Baki punca rosak institusi, kata PAS

May 13, 2023 · Politik

Langkah kerajaan campuran menyambung kontrak perkhidmatan Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipertikai PAS.

PAS mempersoalkan langkah menyambung kontrak tersebut kerana sebelum ini Pakatan Harapan (PH) yang paling lantang menuduh Azam dengan pelbagai tohmahan semasa kempen politik mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Ketua Penerangannya, Ir. Khairil Nizam Khirudin berkata, sehingga kini mereka tidak dapat membuktikan bahawa Azam bersalah seperti yang didakwa mereka.

“Masih segar dalam ingatan semua mengenai satu perhimpunan jalanan bersejarah yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Tangkap Azam Baki pada 22 Januari tahun lalu yang menuntut Azam ditangkap dengan serta-merta oleh agensi penguat kuasa, proses undang-undang ke atas beliau bermula dengan segera dan SPRM dirombak serta diletakkan di bawah Parlimen.

“Antara tokoh politik yang hadir pada ketika itu pula ialah Ketua Pemuda Amanah, Hasbie Muda dan Ketua Pemuda AMK pada hari ini merangkap Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli. Sebahagian ucapan Adam Adli dalam himpunan tersebut berbunyi, “Isu Azam Baki soal institusi, sudah rosak sampai ke akar”.

“Tidak lupa juga kita dengan ucapan pemimpin PKR yang menjadi menteri ketika ini, Rafizi Ramli dalam Ceramah Mega PH di Johor Bahru ketika kempen PRU-15 mengugut bahawa PH akan ‘cari’ Tan Sri Azam Baki berhubung isu pegangan sahamnya sebelum ini jika PH memenangi PRU-15.

“Komitmen serta dedikasi mereka (PH) untuk memburukkan imej serta mengheret Azam ke muka keadilan sebelum ini adalah amat luar biasa. Namun apabila PH berada di dalam kerajaan, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Mereka pula menjadi pihak yang mengekalkan jawatan Azam untuk tempoh setahun yang akan datang’,” katanya dalam kenyataan.

Khairil Nizam berkata, seruan supaya tidak lagi mempercayai kata-kata PH kerana semua pihak tidak boleh membiarkan pemimpin yang mengamalkan budaya fitnah-memfitnah, mungkir janji, tidak konsisten dalam berpendirian terus mentadbir negara.

“Kembalilah kepada politik yang matang dan sejahtera iaitu politik nilai dan politik mengutamakan kepentingan rakyat,” katanya.

Berita berkaitan
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024· Isu semasa
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Pemuda MCA sokong tindakan Menteri Pelancongan di KLIA, kritik Akmal
July 2, 2023
Kalau kita pecat dia untung kerana dapat jadi MP bebas, kata Razali
November 11, 2023
Jangan tuding jari saja, sendiri tak berani buat, Peja beritahu Anwar
May 9, 2023
Lagi Politik terkini
Bawa kad pengenalan, SPR ingatkan pengundi di PRK KKB
May 10, 2024 · Politik
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok