Mat Sabu pertahan lantikan terbaharu pemimpin Amanah

May 11, 2023 · Isu semasa

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu mempertahankan keputusan lantikan lima pengerusi badan berkanun di bawah kementeriannya yang diumumkan, semalam.

Beliau yang juga Presiden Amanah berkata keputusan lantikan pemimpin Amanah dan DAP itu dibuat selepas dipersetujui pimpinan kerajaan dan ia juga tidak melanggar prinsip kerajaan perpaduan.

Malah beliau berkata mereka yang dilantik itu hanya mempengerusikan mesyuarat dan dibantu oleh pakar yang  akan memberi nasihat.

“Jawatan mereka hanya pengerusi, di bawah ada pakarnya, semuanya bekerjasama.

“Pengerusi hanya mempengerusikan mesyuarat dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) misalnya, banyak pakar di bawahnya.

“Penglibatan mereka (pengerusi) dalam masyarakat yang utama, kita tak boleh pilih orang yang berbentuk elit kerana mereka kena ambil tahu hal di bendang, hal nelayan.

“Jadi, rekod mereka dalam masyarakat yang paling utama,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perhimpunan dan Ramah Mesra bersama warga KPKM di Dewan C Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di Serdang, hari ini.

Semalam beliau mengumumkan pelantikan lima pengerusi baharu badan berkanun di bawah kementeriannya yang akan berkuatkuasa Isnin ini.

Naib Presiden Amanah Datuk Mahfuz Omar yang kalah teruk dalam pilihan raya umum lalu dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sementara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Amanah bagi Permatang Pasir, Muhammad Faiz Fadzil dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan ADUN Behrang, Aminuddin Zulkipli juga dari Amanah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Turut dilantik adalah bekas exco Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali daripada DAP sebagai Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) dan bekas ahli Parlien PKR bagi Kuala Kedah, Dr Azman Ismail sebagai Pengerusi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI).

Menurut Mohamad Sabu, tidak timbul isu lantikan itu sebagai ganjaran atau imbuhan buat mereka terutama yang kalah pada pilihan raya lalu

“Banyak kalah dalam PRU jadi menteri sekarang. Apa kamu nak kata dan prestasinya bagus. Jadi itu bukan (pengukur),” katanya.

Berita berkaitan
Spekulasi rombakan Kabinet Anwar esok?
December 11, 2023· Politik
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023· Isu semasa
Harga ayam tidak naik dan bekalan stabil: KPKM
November 1, 2023· Isu semasa
Subsidi ditamatkan, jangan risau harga ayam tidak akan naik
November 1, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Luluh hati Chef Wan anak kahwin di Siam
April 10, 2021
Majlis Hari Raya dengan tarian separuh bogel, polis tahan instafamous
May 30, 2022
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
7 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok