MP UMNO Kalabakan bakal sertai GRS? Pemuda dakwa dipinggirkan

May 6, 2023 · Politik

Kemelut politik UMNO Sabah masih berterusan apabila Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy didakwa lebih mesra dan cenderung kepada Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Sabah).

Ketua Pemuda Kalabakan, Muhammad Alias Udin mempersoalkan pendirian Suryady ekoran tindak-tanduknya kebelakangan ini yang dilihat membelakangi parti itu.

“Sejak akhir-akhir ini, timbul persoalan apabila banyak program dan majlis rasmi diadakan tidak lagi menggunakan logo UMNO atau Barisan Nasional (BN).

“Lebih mendukacitakan banyak program yang menggunakan tenaga ahli parti UMNO hanya dinyatakan sebagai rakan kerjasama atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tanpa ada sebarang penghargaan sewajarnya,” katanya dipetik laporan BH.

Alias berkata keadaan itu menimbulkan pelbagai spekulasi dan khabar angin termasuk ada yang menganggap bekas Ketua Bahagian UMNO Kalabakan itu bakal menyertai parti yang diterajui Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Mengulas lanjut, Alias berkata, ketiadaan logo UMNO dan BN dalam poster papan iklan ucapan Hari Raya Aidilfitri Suryady yang dipasang baru-baru ini turut menjadi tanda tanya ahli dan penduduk di daerah ini.

“Papan iklan itu memaparkan gambar beliau bersama Hajiji dan wakil rakyat Gagasan Rakyat sahaja, selain logo Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Pemuda UMNO Kalabakan sangat kecewa dengan tindakan itu kerana selama ini kamilah yang banyak membantu sehingga dia (Suryady) menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16 dan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau meminta pucuk pimpinan UMNO negeri dan Pusat mengambil tindakan berhubung isu berkenaan.

Sementara itu, Suryady ketika dihubungi mengesahkan beliau masih lagi ahli UMNO Bahagian itu.

Pada Mac lalu, Ahli Parlimen Putatan, Datuk Shahelmy Yahya digantung keahlian dalam UMNO selama enam tahun selepas dikatakan membelakangkan keputusan parti dengan tidak menyokong keputusan UMNO Sabah sebelum ini.

Shahelmy yang juga ADUN Tanjung Keramat bersama empat lagi ADUN yang bertanding menggunakan tiket UMNO ketika PRN Sabah pada 2020, bertindak kekal menyokong Hajiji sebagai Ketua Menteri.

Mereka tidak menyokong keputusan UMNO Sabah untuk menarik sokongan terhadap Hajiji yang digerakkan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin bersama Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dalam cubaan untuk menukar kerajaan.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok