Penjawat awam sokong Israel ditahan polis positif dadah

May 19, 2021 · Isu semasa

Seorang penjawat awam berusia 31 tahun yang ditahan polis kerana didakwa menyokong Israel menerusi satu video berdurasi 59 saat yang dimuat naik di aplikasi TikTok didapati positif dadah.

Lelaki terbabit ditahan sepasukan polis Daerah Melaka Tengah dan hasil ujian kencing mendapati suspek positif dadah jenis morfin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengan ACP Afzanizar Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan polis pada pukul 11.13 pagi semalam sebelum lelaki itu dipanggil untuk direkodkan keterangan, beberapa jam kemudian.

“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati, suspek telah memuat naik satu video di aplikasi berkenaan dengan nama pengguna @pahlawan90, yang menyatakan sokongan terhadap Israel.

“Video tular tersebut telah menimbulkan reaksi negatif daripada masyarakat, kerana dilihat menyentuh sensitiviti agama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Afzanizar berkata, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis morfin dan didapati suspek memuat naik video tersebut ketika di bawah pengaruh dadah.

Suspek kini direman selama dua hari bermula hari ini untuk siasatan berasingan di bawah Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952, selain itu, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 505(C) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang mendatang khianat awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Polis menyeru kepada orang awam supaya menggunakan paltform media sosial dengan bertanggungjawab, dengan mengelakkan membuat kenyataan yang menyentuh sesnsitiviti mana-mana agama dan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum,” katanya.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
20 jam lalu· Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Seorang lagi ADUN Selangor rentas negeri masuk hutan di Pahang
July 18, 2021
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok