AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu

March 30, 2023 · Politik

Krisis UMNO Melaka bukan sahaja melibatkan pertukaran Ketua Menteri (KM), Datuk Seri Sulaiman Md Ali, namun turut membabitkan pergolakan pada peringkat bahagian.

Terbaharu, sebahagian besar Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Tangga Batu dikatakan enggan mengiktiraf Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Rais Yasin, sebagai ketua baharu.

Memetik laporan Utusan, beberapa AJK bahagian itu enggan menyertai mesyuarat pertama malam ini yang akan dipengerusikan Rais.

Ia disahkan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Shahrin Muharam.

Menurut Shahrin beliau bersama Naib Ketua Bahagian, Ketua Wanita Bahagian dan Ketua Puteri Bahagian termasuk AJK dua sayap mengambil keputusan itu berdasarkan surat dikeluarkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU), Tan Sri Shahrir Abdul Samad pada 27 Mac lalu.

Beliau berkata surat tersebut memaklumkan Jawatankuasa Bantahan Pemilihan UMNO telah membuat keputusan dan ketetapan bahawa pemilihan bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu pada 18 Mac lalu adalah tidak sah.

“Sehubungan itu, Rais tidak boleh mempengerusikan mesyuarat bahagian selagi pemilihan baharu tidak dibuat seperti tertera pada surat bertarikh 27 Mac lalu. Saya berpegang kepada surat yang dihantar oleh Shahrir dan pemilihan semula jawatan Ketua Bahagian perlu diadakan semula.

“Justeru, sebagai Timbalan Ketua Bahagian saya akan menggalas segala urusan pentadbiran buat sementara waktu sehingga pemilihan Ketua Bahagian diadakan semula seperti yang diarahkan,” katanya.

Pada pemilihan UMNO 19 Mac lalu, Rais menewaskan penyandang Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad bagi jawatan ketua bahagian.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan keabsahan kemenangan Rais sebagai Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu yang baharu.

Kenyataan itu dibuat selepas tularnya satu surat didakwa dikeluarkan JPU yang membatalkan kemenangan Rais dalam Pemilihan UMNO pada 18 Mac lalu.

Ditanya adakah surat berkenaan palsu, Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau tidak pasti namun mengesahkan bahawa Rais kekal sebagai Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok