Radzi beri petua kepada timbalan menteri DAP jawab soalan Parlimen

March 29, 2023 · Isu semasa

Bekas Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin memberi petua kepada menteri dan timbalan menteri kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) supaya menyediakan jawapan di dalam Parlimen sehingga soalan ke 20 hingga 25.

Beliau memberi petua itu susulan kejadian memalukan di Dewan Rakyat apabila Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying gagal menjawab soalan di Dewan Rakyat, sehingga memalukan kerajaan campuran PH-BN.

Timbalan Menteri DAP itu sepatutnya lebih bertanggungjawab dan bersedia untuk menjawab soalan di Dewan Rakyat tetapi sebaliknya tidak mempunyai jawapan kepada soalan yang ditanyakan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) Pengkalan Chepa, Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Ahmad Marzuk berkata lebih baik Hui Ying meletak jawatan kerana gagal menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat kerana tidak memjawab kepada soalan dikemukakannya berkaitan isu peruntukan dan mekanisme pemantauan Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Mengulas lanjut, Radzi berkata beliau juga terkejut dengan kejadian itu kerana buat pertama kali dalam sejarah menteri atau dalam kes itu, timbalan menteri pendidikan memberi jawapan mengatakan bahawa tidak ada jawapan bersama dengan beliau.

“(Itu) soalan baru soalan 16… (jadi) mungkin petualah untuk saya kongsikan dengan sahabat menteri dan timbalan menteri di Kementerian Pendidikan.

“Biasanya kita sediakan jawapan sehingga soalan nombor 20 atau 25. Itu memang saya kena pastikan bahawa soalan sehingga 20 hingga 25… jawapannya ada di tangan.

“Kalau tak ada pun, paling-paling tidak pun dalam WhatsApp group. Ada WhatsApp group kan? Dalam WhatsApp group tu share je dalam tu. Jadi soalan sampai nombor 25 ke kalau apa-apa perlu kita boleh rujuk,” katanya dalam kenyataan mengulas kejadian itu.

Radzi yang juga Ahli Parlimen PN Putrajaya tindakan sedemikian perlu diambil kerana kadang kala di Parlimen ada kementerian yang menjawab panjang lebar dan ada yang jawapannya singkat sahaja.

“Tapi ini adalah petua lah … tak boleh ambil risiko kata (soalan) naik sampai soalan 13… ia boleh naik hingga soalan 18 atau 20 bergantung kepada keadaan. Jadi apa yang paling penting menteri perlu memainkan peranan mengambil tanggungjawab memastikan supaya ada persediaan dibuat.

“Saya dulu pun kadang-kadang bila timbalan menteri menjawab kita dan sediakan, pastikan duduk dalam dewan sehingga soalan 20 hingga 25. macam itu sahaja,” katanya.

Susulan kejadian memalukan kerajaan PH-BN itu, MCA yang turut menjadi anggota komponen kerajaan membidas timbalan menteri itu yang juga anak kepada veteran DAP, Lim Kit Siang dan saudara kepada Pengerusi DAP, Lim Guan Eng.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Mah Hang Soon dan Setiausaha Agung Pemuda, Daniel Wa Wai How menyerang dan menyindir Hui Ying dengan menyamakan prestasi Parlimennya dengan “seorang pelajar yang datang ke sekolah untuk peperiksaan lisan dan mengakui mereka tidak membuat kerja rumah”.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Langkah kawal emosi – redha, maaf dan syukur
September 26, 2021
Selepas Najib, bayaran penasihat pentadbiran Ismail Sabri kedua tertinggi
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok