DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional

March 28, 2023 · Politik

Ahli Parlimen DAP Raub, Chow Yu Hui membidas pemimpin MCA yang dilihatnya bertindak seolah-olah menjadi sekutu kepada Perikatan Nasional (PN) sedangkan parti itu adalah gabungan dalam kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN).

Yu Hui mengulas kritikan MCA terhadap Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying (DAP-Tanjong) kerana tidak menyediakan jawapan untuk soalan yang dikemukakan ahli Parlimen PN ketika sidang Dewan Rakyat semalam.

“PN sudah dijangka akan mengambil kesempatan daripada situasi itu, tetapi apa yang mengejutkan MCA, yang merupakan sebahagian daripada kerajaan, menyerang Hui Ying habis-habisan.

“Diketuai Timbalan Presiden MCA, Datuk Mah Hang Soon dan Setiausaha Agung Pemuda, Daniel Wa Wai How. Serangan mereka malah lebih kuat daripada PN.

“MCA tidak sepatutnya bertindak seolah-olah sebahagian daripada kerajaan perpaduan tetapi setia kepada Bersatu dan PAS,” kata Yu Hui dalam kenyataan hari ini (28 Mac 2023) menurut Mkini.

Semalam, Timbalan yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor menegur Hui Ying kerana tidak dapat memberikan jawapan kepada soalan Datuk Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) berkenaan program rancangan makanan tambahan (RMT).

Ia merupakan salah satu soalan lisan yang dihantar ahli Parlimen 10 hari sebelum sidang Dewan Rakyat bermula. Kementerian biasanya telah menyediakan jawapan untuk soalan-soalan ini.

Mengulas perkara itu, Mah menyindir Hui Ying dengan menyamakan prestasi Parlimennya dengan “seorang pelajar yang datang ke sekolah untuk peperiksaan lisan dan mengakui mereka tidak membuat kerja rumah”.

Manakala, Daniel Wa pula berkata gaji Hui Ying yang juga anak veteran DAP, Lim Kit Siang dan saudara kepada Pengerusi DAP, Lim Guan Eng sepatutnya dipotong RM10 – membangkitkan DAP juga pernah mengusulkan potongan gaji daripada menteri Kabinet, sebelum ini.

Mengulas lanjut, Yu Hui berkata jika Mah ingin menjadi lantang, ada isu lain yang boleh menjadi perhatiannya.

“Berbanding menyerang DAP, dia boleh membalas kenyataan ekstrem PN berkenaan program Jom Ziarah atau komen yang dibuat Ketua Serikandi Bersatu Datuk Seri Rina Harun berkenaan penutupan sekolah vernakular,” katanya.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok