Penganjuran ‘Thai Hot Guy’, JAWI siasat pihak penganjur

March 22, 2023 · Isu semasa

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah diarahkan untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan berhubung penganjuran program melibatkan kumpulan dikenali sebagai ‘Thai Hot Guy’ yang dilaporkan akan berlangsung di sebuah premis di ibu negara pada 30 Mac ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata penganjuran program itu adalah bertentangan dengan ajaran Islam serta tatasusila masyarakat, menurut laporan Bernama.

“Dalam suasana umat Islam menyambut ketibaan bulan Ramadan yang dipenuhi dengan kemuliaan, penganjuran acara berkenaan adalah amat mendukacitakan serta tidak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Na’im berkata selaku pihak berkuasa agama di Wilayah Persekutuan, JAWI tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam serta undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

Beliau berkata pihaknya juga telah menerima laporan serta maklum balas masyarakat berkaitan penganjuran acara itu yang akan diadakan di sebuah premis di Jalan Tun Razak di sini.

Ahad lepas, poster pelancaran acara itu yang menampilkan lelaki berpakaian wanita disiarkan di media sosial, sekali gus mengundang reaksi negatif pelbagai pihak.

Berita berkaitan
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023· Isu semasa
‘Datuk’ palsu dikesan polis dalam kes tipu RM1 juta
October 31, 2023· Isu semasa
Pengasas syarikat penerbangan, isteri dan anak direman empat hari
October 18, 2023· Isu semasa
Kerajaan kekal pendiriian tolak LGBT, kata menteri
October 18, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Benarkah rakyat Malaysia memilih kerja?
February 17, 2022
10 peraturan kekal terpakai dalam fasa endemik mulai 1 April
March 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok