Deepak digesa buat laporan polis atau Wee akan buat laporan sendiri

March 18, 2023 · Politik

Ahli perniagaan Deepak Jaikishan perlu membuat laporan polis bagi membuktikan dirinya tidak ada menghubungi Presiden MCA seperti didakwanya baru-baru ini.

Ahli Parlimen Ayer Hitam (MCA) Datuk Seri Wee Ka Siong yang membuat pendedahan dihubungi Deepak bagi menyelesaikan isu berkenaan import telur tidak berpuas hati apabila dikatakan bercakap tidak benar dan mahu mendapatkan kesahihan individu sebenar yang menghubunginya baru-baru ini.

“Demi menjaga nama baik PMO (Pejabat Perdana Menteri) serta membersihkan namanya sendiri, saya sekali lagi meminta Deepak jangan berdiam diri lagi, buat laporan polis segera.

“Jika tidak, dalam masa tiga hari saya sendiri akan membuat laporan agar polis dapat menyiasat kes ini,” katanya dalam kenyataan.

Wee berkata, beliau berasa lucu kerana J&E Advance Tech Sdn Bhd dalam kenyataan media mengakui pernah menghubunginya.

“Jadi, siapa sebenarnya yang membuat panggilan telefon kepada saya memandangkan Deepak menafikan sebarang kaitan dengan syarikat itu?

“Adakah ini membuktikan J&E Advanced Tech Sdn Bhd membuat panggilan kepada saya dan menggelar dirinya sebagai ‘Deepak’?

“Segala-galanya akan terjawab jika Deepak membuat laporan polis,” katanya lagi.

Wee berkata, segala persoalan akan terjawab jika Deepak membuat laporan polis, termasuk identiti pemilik nombor telefon bimbit yang menghubunginya dan individu menyamar sebagai ahli perniagaan berkenaan.

Wee, Deepak dan syarikat pengimport telur, J&E Advance Tech Sdn Bhd berperang mulut sejak beberapa hari lalu berhubung kontroversi telur import.

Berita berkaitan
Pemuda MCA gesa kerajaan tangani kos sara hidup, syor perkenal GST
October 21, 2023· Politik
Harga ayam dan telur stabil, kerajaan pertimbang lepaskan kawalan harga: PMX
October 13, 2023· Isu semasa
Gagal tangani isu bekalan barang, MP Tanjung Karang minta Mat Sabu letak jawatan
October 11, 2023· Politik
Bersatu gesa Anwar lepas jawatan Menteri Kewangan, sama seperti desakan MCA
October 6, 2023· Politik
Popular
Bung kata ada ‘gunting dalam lipatan’ dalam UMNO
May 11, 2023
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Warisan tak bersekongkol dengan parti lain: Azis Jamman
March 5, 2022
Ini kali pertama dapat Perdana Menteri yang kita rasa malu: Ahmad Fadhli
June 21, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok