Tujuh calon Naib Presiden UMNO, Ismail Sabri tak hantar borang pertahan jawatan

February 27, 2023 · Politik

Selepas berakhir tempoh menghantar borang pencalonan pemilihan UMNO semalam, lapan calon mengesahkan bertanding bagi merebut jawatan Naib Presiden parti itu.

Bagaimanapun daripada lapan calon yang menghantar borang, seorang calon menarik diri dan kini tinggal hanya tujuh calon sementara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak menghantar borang pencalonan untuk mempertahankan jawatannya.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pula mengesahkan menarik diri daripada pertandingan jawatan Naib Presiden selepas menghantar borang.

Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2023, Datuk Mustapha Yaakub ketika mengesahkan perkara itu memaklumkan, tiada pencalonan baru bagi jawatan itu diterima sehingga tempoh mengemukan pencalonan berakhir jam 5 petang tadi.

“Setakat ini lapan calon sehingga ditutup tadi. Esok pengerusi (Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2023, Tan Sri Shahrir Abdul Samad) akan umumkan senarai yang penuh dan rasmi.

“Ini termasuk jawatan tertinggi lain dan jumlah keseluruhan pencalonan yang diterima untuk pemilihan kali ini,” katanya dipetik laporan BH.

Lapan pemimpin itu termasuk dua penyandang iaitu Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Selain itu, Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Ir Hasni Mohamad; Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said; Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; serta Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Sementara itu jurucakap parti itu yang dihubungi pula memaklumkan, lebih 90 calon mengesahkan bertanding jawatan Ahli MajlisTertinggi (MT) UMNO bagi pemilihan kali ini.

Mereka akan bersaing bagi merebut 25 jawatan yang akan diisi, sementara bagi sayap wanita, membabitkan saingan dua penjuru antara Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad serta bekas ketua sayap itu, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO dan Ketua Puteri UMNO pula, ia masing-masing membabitkan saingan lima dan enam calon.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok