Tarif elektrik bagi T20 perlu dikaji kerana mereka mampu bayar, kata Menteri

February 23, 2023 · Isu semasa

Kerajaan akan mengkaji semula subsidi bagi tarif elektrik buat pengguna domestik kategori T20, kata Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim itu berkata kumpulan tersebut berkemampuan untuk membayar tarif yang lebih kompetitif kerana mendapat gaji lebih besar berbanding kumpulan bawahan yang lain.

“Kita ada kerangka Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) untuk tetapkan tarif harga elektrik. Kita masih melindungi dan kekalkan kadar sama bagi pengguna domestik walaupun T20.

“Itu satu perkara yang bagi saya perlu fikir semula pada masa depan kerana kalau cakap soal tarif untuk T20, mereka dapat gaji besar dan perlu bayar tarif lebih kompetitif.

“Untuk M40 dan B40, saya setuju kita perlu melindungi mereka,” katanya ketika sesi penggulungan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, di Dewan Rakyat, di sini.

Tahun lalu, kerajaan memutuskan, tarif elektrik bagi pengguna bukan domestik bervoltan sederhana dan tinggi dikenakan surcaj pada kadar 20 sen/kWj.

Pada masa sama, Nik Nazmi mempertahankan kenaikan surcaj berbanding 3.7 sen/kWj sebelum ini kerana ia membabitkan operasi besar dan kerajaan tidak boleh meneruskan subsidi korporat.

Namun, beliau berkata, kerajaan akan memberi kadar tarif lebih baik kepada beberapa syarikat yang perkhidmatannya boleh memberi kesan kepada rakyat, termasuk utiliti melalui kitaran ICPT akan datang.

“Saya setuju ada beberapa syarikat terkesan (jika berlaku kenaikan tarif). Contohnya, syarikat utiliti yang memberi perkhidmatan kepada rakyat dan kita akan beri kadar lebih baik kepada mereka.

“Kita tidak boleh meneruskan subsidi korporat kerana korporat mendapat keuntungan besar berbanding kadar gaji dan sebagainya.

“Kita kena beralih kepada subsidi bersasar yang memberi manfaat kepada rakyat secara langsung,” katanya.

Nik Nazmi berkata, kerajaan juga akan menggubal perundangan dalam soal keberkesanan tenaga supaya syarikat mengkaji cara lebih efisien untuk menghasilkan sesuatu produk.

“Kita mahu mereka mengamalkan keberkesanan tenaga sebab kita nak tarik pelabur, bukan atas dasar kos, tarif atau gaji rendah, sebaliknya disebabkan kita ada nilai tambah,” katanya.

Berita berkaitan
Ringgit menyusut dibuka paras RM4.70 berbanding dolar
January 17, 2024· Isu semasa
Pegangan saham Khazanah RM530.28 juta dalam TNB dilupuskan
October 20, 2023· Isu semasa
Kadar OPR kekal pada 3 peratus menjelang PRN tak lama lagi
July 6, 2023· Isu semasa
OPR dijangka naik 25 mata asas lagi, kata firma
July 4, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Sultan Kedah bangga, puas hati pentadbiran Muhammad Sanusi
March 12, 2023
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
Kod berpakaian ketika berurusan di pejabat kerajaan diteliti: Ramkarpal
July 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok