Didakwa singgung masyarakat India, penceramah bebas minta maaf

February 12, 2023 · Isu semasa

Permohonan maaf dibuat seorang penceramah bebas, Mohamad Wadi Annuar Ayub ekoran dakwaan menyinggung masyarakat India beragama Hindu baru-baru ini.

Mohamad Wadi membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi satu kenyataan hari ini dan menjelaskan tidak berniat untuk menghina ataupun menyinggung perasaan mana-mana penganut agama lain.

“Dalam ceramah itu, saya telah menyebut tentang perarakan Thaipusam yang dihadiri sekumpulan orang Melayu Islam dan saya menyatakan ia merupakan kesalahan dalam agama Islam kerana menyertai perayaan agama lain yang berbentuk keagamaan.

“Namun saya terlepas pandang dengan menyebut perkataan mengandungi sensitiviti agama dan ia adalah ‘kekhilafan’ daripada saya sendiri,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut menyatakan sangat menghormati semua masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

“Semoga dengan kenyataan permohonan maaf itu, keharmonian rakyat berbilang kaum di negara kita dapat dicapai,” ujarnya.

Permohonan maaf secara rasmi itu susulan kenyataannya yang menyentuh sensitiviti agama pada satu ceramah di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka pada Jumaat.

 

Berita berkaitan
Dua bekas pembantu Najib antara disaman seorang penceramah bebas
December 27, 2023· Politik
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023· Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Rakyat tertekan berdepan peningkatan kos sara hidup
July 3, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok