Lantikan duta bukan untuk kitar semula ahli politik, MP PKR bidas lantikan Nazri

February 12, 2023 · Politik

Kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dibidas susulan pengumuman lantikan pemimpin veteran UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz sebagai Duta ke Amerika Syarikat (AS).

Ahli Parlimen (MP) Pasir Gudang, Hassan Karim yang sebelum ini beberapa kali sudah membidas kerajaan campuran dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mempersoalkan tindakan melantik seorang ahli politik sebagai duta walaupun sebelum ini berjanji untuk menghentikan amalan sedemikian.

“Kita ada ramai diplomat yang bagus dan berpengalaman yang sesuai untuk menjadi duta Malaysia ke AS.

“Kita mesti berhenti pilih bekas menteri dan bekas ahli parlimen untuk menjadi duta.

“Pelantikan diplomat sebagai duta bukan untuk kitar semula ahli politik,” kata MP PKR itu dipetik Malaysiakini.

Susulan lantikan itu, kerajaan menerima kritikan banyak pihak, antaranya daripada bekas diplomat, termasuk bekas duta ke Belanda Datuk Noor Farida Ariffin dan bekas Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kanada, Dennis Ignatius.

Pelantikan Nazri, yang merupakan bekas Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, sebagai Duta Besar Malaysia ke AS diumumkan oleh Wisma Putra baru-baru ini.

Hassan sebelum ini juga membidas Perdana Menteri selepas kecoh isu pelantikan anaknya, Nurul Izzah sebagai penasihat ekonomi dan kewangan.

Malah, sejak awal lagi Hassan dilihat tidak bersetuju dengan langkah Anwar melantik anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sedang berdepan perbicaraan kes mahkamah sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok