Projek ECRL di Taman Negeri Selangor ikut garis panduan, kata MRL

February 6, 2023 · Isu semasa

Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) mendakwa projek Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Selangor dijalankan mengikut garis panduan.

MRL merupakan pemilik projek laluan ECRL sedang berjalan di Taman Negeri Selangor yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini selepas didakwa kumpulan alam sekitar terdapat aktiviti pembalakan haram di empat kawasan di sekitar Hutan Simpan Hulu Gombak dan Serendah.

“Bagi memelihara alam sekitar, projek ECRL sudah mematuhi garis panduan dan syarat, termasuk Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) dan Pelan Kawalan Hakisan dan Endapan (ESCP), yang masing-masing dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS),” kata MRL dalam satu kenyataan.

Katanya, sebagai pemilik projek dengan China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCC-ECRL), yang menjadi kontraktor utama, ia sentiasa komited memenuhi semua keperluan dan peraturan ditetapkan oleh pihak berkuasa negeri untuk memelihara alam sekitar dan menjaga kepentingan orang awam.

MRL berkata, pihaknya bekerja rapat dengan pihak berkuasa dan agensi kerajaan di semua peringkat membabitkan projek yang berjalan di Selangor, termasuk Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Selangor, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS), JAS dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Kerja pembinaan ECRL untuk Seksyen C2 ECRL (bagi jajaran Gombak-Serendah-Pelabuhan Klang yang secara keseluruhannya terletak di Selangor, dijalankan dengan teliti di bawah rundingan bersama komuniti tempatan dan pihak berkepentingan, serta mematuhi peraturan yang ditetapkan,” katanya.

MRL berkata, pihaknya serta CCC-ECRL turut mengambil pendekatan proaktif dengan mengadakan mesyuarat dan sesi libat urus dengan pihak berkuasa Selangor dan semua pihak berkepentingan projek ECRL.

Katanya, sesi berkenaan turut membabitkan penduduk yang tinggal berhampiran tapak kerja ECRL, bertujuan memastikan suara daripada pihak terjejas dan pendapat orang awam dipertimbangkan sepenuhnya bagi meminimumkan kesan terhadap alam sekitar dan impak sosial.

“MRL dan CCC-ECRL mengalu-alukan pandangan dan maklum balas daripada pihak berkepentingan berkenaan projek ECRL serta terbuka untuk mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak jika perlu.

“Sebarang cadangan boleh diajukan ke alamat e-mel [email protected],” katanya lagi.

Media sebelum ini melaporkan, sebuah NGO, Rimba Disclosure Project (RDP), mendedahkan berlaku pembalakan haram di empat kawasan di sekitar Hutan Simpan Hulu Gombak dan Serendah, kira-kira akhir tahun lalu dan awal bulan ini, dikatakan berkaitan dengan projek ECRL.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Popular
Sekatan perjalanan luar negara jika terdapat tunggakan cukai: LHDN
February 20, 2023
Pengerusi PH Kelantan dilantik Pengerusi KADA baharu
June 6, 2023
Media sosial dunia tanpa sempadan
June 28, 2023
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok