Parti dalam PH jangan terima pemimpin UMNO dipecat dan digantung: Mat Maslan

February 4, 2023 · Politik

Gesaan dibuat kepada parti dalam Pakatan Harapan (PH) supaya jangan menerima pemimpin atau ahli UMNO yang dipecat atau digantung baru=baru ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan membuat gesaan tersebut kepada parti dalam PH selepas terdapat spekulasi berhubung permohonan bekas pemimpin UMNO untuk menyertai parti parti komponen dalam gabungan itu yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah.

“Atas dasar saling hormat-menghormati, wajarlah permohonan mereka itu ditolak dan tidak menerima mana-mana ahli UMNO yang ingin menyertai parti dalam kerajaan perpaduan sekarang.

“Mengapa mereka tidak pula memilih parti Bersatu atau PAS yang sebelum ini dikatakan ‘mesra’ dan tidak bersama kerajaan,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Jika diterima, dibimbangi masalah mereka pula akan menjangkiti parti tersebut yang boleh menjejaskan keharmonian sebagai rakan dalam gabungan itu, kata Ahmad atau Mat Maslan itu lagi.

UMNO sebelum ini membuat pembersihan dengan memecat pemimpinnya dan menggantung ratusan ahli kerana didakwa melanggar disiplin parti itu.

Minggu lalu, Majlis Kerja Tertingi (MKT) UMNO memecat bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, manakala Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan serta beberapa pemimpin lain pula digantung keahlian selama enam tahun.

Dalam perkembangan lain, media sebelum ini melaporkan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang dipecat, Datuk Zahidi Zainul Abidin mahu memohon menyertai PKR.

Zahidi sebelum ini dipecat UMNO selepas bertanding atas tiket bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok