PRN Selangor: DAP mahu tanding dua kerusi DUN milik Bersatu, tak serah kepada UMNO

February 4, 2023 · Politik

PRN Selangor: DAP mahu tanding dua kerusi DUN milik Bersatu, tak serah kepada UMNO

Dua kerusi yang ditandingi parti Bersatu sebelum ini juga akan ditandingi DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan pada tahun ini.

Ketetapan itu secara tidak langsung UMNO tidak akan diberikan kerusi untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menjadi milik Bersatu sebelum ini dan dua kerusi tersebut adalah tambahan kepada 16 kerusi yang ditandingi DAP sebelum ini.

Naib Pengerusi DAP Selangor Ng Suee Lim mengesahkan mereka akan mempertahankan 16 kerusi yang dimenangi sebelum ini, selain dua kerusi tambahan tersebut.

“Setakat ini, kita akan pertahankan 16 kerusi dan campur dua kerusi tambahan. DAP juga bertanding di DUN Teratai kerana kita anggap kerusi yang menang akan ditandingi semula, itu perkara asas.

“Kerusi ditandingi mana-mana parti dalam PH akan dipertahankan, walaupun di tengah-tengah wujudnya ‘katak’, pengkhianat, tapi prinsipnya akan pertahankan kembali kerusi itu,” katanya dipetik laporan FMT.

Sementara itu, Ng berkata, Pakatan Harapan (PH) Selangor akan memuktamadkan pembahagian kerusi bulan ini.

Pada 14 Jan lalu, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, PH dan Barisan Nasional (BN) berpotensi menawan kira-kira 53 daripada 56 kerusi DUN jika kedua-duanya bergabung pada PRN.

Ketika ditanya sama ada DAP sedia menyerahkan kerusi kepada BN pada PRN, Ng berkata, perkara itu “tertakluk kepada perbincangan kelak”.

“Dalam politik semua, serba boleh, politik rencam dan unik mengikut keadaan semasa, saya tak menolak sebarang andaian tapi tertakluk perbincangan, kerusi menang memang sukarlah untuk dibincangkan.

“Memang tak bertolak ansur (serah kerusi menang), dalam konteks parti masing-masing. PKR dan Amanah (juga) punya prinsip sedemikian,” katanya.

Untuk rekod, Bersatu mempunyai tujuh wakil dalam DUN Selangor.

Tujuh ADUN tersebut adalah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Bukit Antarabangsa), Hilman Idham (Gombak Setia), Harumaini Omar (Batang Kali); Mohd Shaid Rosli (Jeram); Sallehudin Amiruddin (Kuang); Adhif Syan Abdullah (Dengkil) dan Datuk Abdul Rashid Asari (Selat Klang).

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok