Pertandingan dua jawatan tertinggi, Ismail Sabri kata tunggu keputusan RoS

February 3, 2023 · Politik

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan melihat keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) terlebih dahulu sebelum membuat pertimbangan untuk bertanding bagi jawatan Presiden atau Timbalan Presiden.

Naib Presiden UMNO itu menghormati usul semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang memutuskan tiada pertandingan bagi dua jawatan tertinggi tersebut, bagaimanapun sekiranya RoS membuat keputusan yang lain ia adalah sesuatu yang perlu dilihat semula .

“Setakat ini saya hormati keputusan PAU 2022, kecuali Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) buat keputusan sebaliknya.

“Kalau ROS buat keputusan lain, kita akan putuskan bila masanya tiba,” katanya dipetik laporan BH.

Dalam pada itu, Ismail Sabri juga berkata setakat ini masih belum membuat keputusan muktamad sama ada mempertahankan jawatan Naib Presiden atau tidak pada pemilihan parti nanti.

“Saya belum ambil sebarang keputusan untuk pertahankan jawatan atau sebaliknya…saya masih mempertimbangkan perkara itu.

“Jadi sama ada saya ada ‘team’ (pasukan) atau tidak, (ia) bergantung kepada keputusan itu nanti (bertanding pertahan jawatan atau sebaliknya).

“Jika saya pilih untuk tidak bertanding maka sudah tentu saya tiada ‘team’ (pasukan),” katanya lagi.

Ismail Sabri juga menegaskan sebelum PAU 2022 tidak ada menyebut sepatah perkataan pun atau menunjukkan minat untuk bertanding jawatan Presiden atau Timbalan Presiden.

“Bagi saya kalau nak ‘berlawan’ tidak boleh ramai-ramai, satu jawatan (direbut sampai) tiga empat orang.

“Ini tiada makna, (hanya) menyebabkan UMNO berpecah, jadi saya kata kena tengok dulu keputusan parti ada pertandingan atau tidak.

“Ini kerana saya ada mendengar ura-ura dua jawatan ini tak dipertandingkan,” katanya.

Terdahulu, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan akan mempertahankan jawatannya sebagai Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti.

Selain Mohamed Khaled, sumber berkata seorang lagi Naib Presiden, Datuk Seri Mahdzir Khalid akan turut mempertahankan jawatan, selain Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir yang juga dikhabarkan akan merebut jawatan nombor tiga UMNO itu kelak.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok