Siasat pihak kutip dana PRU guna akaun peribadi: PAS sindir Isham

February 2, 2023 · Politik

Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari mencadangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pihak yang mengutip derma pilihan raya, tetapi menggunakan akaun peribadi sendiri.

Tanpa merujuk kepada mana-mana parti atau pemimpin berkenaan, Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) itu juga tidak membantah sekiranya SPRM turut menyiasat akaun bank PAS.

“Boleh, dialu-alukan untuk siasatan (akaun bank PAS),” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau dipercayai mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Isham Jalil yang mengalu-alukan tindakan SPRM menyiasat sumber dana parti Bersatu, termasuk membekukan akaun bank.

Isham dalam kenyataan dipetik daripada laporan NST berkata agensi anti rasuah itu juga perlu menyiasat dana sekutu rapat Bersatu, PAS.

Dia yang tidak terkejut dengan pembekuan akaun bank Bersatu, berkata SPRM juga perlu meneliti akaun PAS dan penglibatan parti itu dalam penyalahgunaan dana Covid-19 sebagai sebahagian daripada siasatan yang sedang dijalankan.

“Memang bagus…tetapi saya harap SPRM tidak akan berhenti bersama Bersatu… saya tertanya-tanya bila pula giliran PAS,” kata Isham.

Bagaimanapun, kenyataan Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen (PN-PAS) Pasir Mas berkaitan kutipan derma pilihan raya, tetapi menggunakan akaun peribadi sendiri itu, dipercayai merujuk kepada Isham.

“Cumanya, apa kata kita mulakan dengan orang yang lancarkan derma pilihan raya tapi menggunakan akaun peribadi?

“Lebih teruk lagi, orang jenis ini pula yang beria-ia menyuruh siasat akaun parti lain.

“Atau pada hakikatnya, sudah tiada air muka lagi untuk dijaga…?” kata Ahmad Fadhli.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 lalu, Isham yang menjadi calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Shah Alam melancarkan kutipan dana pilihan raya menggunakan akaun peribadi.

Bagaimanapun, tindakan Isham itu mendapat perhatian daripada Twitter apabila akaunnya digantung.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok